The End of Summer
Aku dah lama tak tulis di sini. BUkan tak ada idea atau blog aku dah di hinggapi lelabah tapi sejak 5 hari lepas internet di bilik aku tak ada connectivity. Mati kutu aku di buatnya. Mujurlah aku masih ada lagi buku untuk dibaca dan cross stitch aku yang sedang sampai ke penghujung. Aku cuba habiskan segala buku dan hobi aku sebelum tiba bulan Ramadhan yang mula. Azam aku moga moga dibulan yang mulia ini aku dapat lapangkan masa aku untuk habiskan bacaan Al- di samping ibadah aku yang lain. Semoga apa yang aku niat dah hajat akan di mudah dan di makbul Allah.
.
.
Last Sunday aku masih ke bandar. Tak ada apa sangat pun cuma nak luangkan masa sebelum bulan puasa. Bila tiba bulan puasa rasanya nak lepak di camp saja. Di Kiyanly kalau nak cari pokok memanglah mustahil. Tak akan jumpa. Cuma tompokan pokok renet yang bercambah di sana sini dan seperti hidup segan mati tak mahu. Bila ke bandar Turkmenbashi barulah dapat di lihat pokok yang masih gagah menghijau. Tapi suasana begini akan berakhir beberapa ketika nanti. Sekarang sudah penghujung bulan Ogos dan September akan menjelma dan bulan terakhir pada musim panas.
.
.
Pokok menunjukkan perubahan warna walau belum ketara. Dari hijau sudah beransur menjadi kuning. Dengan alamat tersebut makan summer sudah kepenghujung. Summer akan meninggalkan dand di ganti oleh musim luruh yang akan mendingin. Suasana yang berbeza dengan ketara. Pokok pokok tidak lagi mampu untuk menahan dedaun dari menggugur. Tiada lagi nikmat kemanisan buah anggur yang aku idamkan selama ini dan tiada lagi buah-buahan yang beranika rasa dan warna. Semuanya akan kelihatan suram dan sayu. İnilah petanda bahawa masa berlalu dengan pantas tanpa menunggu sesiapa. Kita tidak ada kekuatan untuk menahannya lagi bagaikan arus deras yang perlu kita ikut walau hati tidak rela. Pasrahlah dengan kejadian Allah yang sangat ajaib.
Comments