BBQ Di Rumah Pak Lah
.
Sebelom ko orang baca seterusnya harap jangan keliru dengan tajuk di atas. Pak Lah ni adalah pengetua İnstep di sini dan bukan nya Pak Lah yang sorang lagi tu yang selalu ZZZZZZZZZZZZZZ. Ko orang kenai ke idak Pak Lah tu aku tak tau lah. Tapi aku dengar cerita bahawa rakyat di negara Mahadewata udah meluat dengan kaki tidur tu........ Biasalah kalau selalu tidur nanti mengigau dan akhirnya meracau..... Oklah baik aku cerita pasal makan makan kat rumah Pak Lah. Tapi kalau nak baca cerita penglipur lara pasal negara Mahadewata nanti kalau sempat aku akan sajikan di sini.

Aku tak biasa ke rumah Pak Lah. Tapi driver aku bilang dia tahu. Aku pergi agak lewat. Saja aje nak pegi lewat. Cuma pegi nak makan aje sebab ramai dah pakar pakar masak yang datang menolong. Azam pun tak ketinggalan dengan mee bandung ala kulim high tech. Bila sampai aje nampak rumah buruk aje. Aku rasa macam tolak dengan lidah pun boleh reban. Sori exergerate skit. Bila masuk aje dalam masyaallah kelasnye. Rasa nak juga aku duduk di rumah tu. Hhhhmmmm ... apa boleh buat dah boss suruh dok kem.
Rumah ini terletak di atas bukit. Dari bukit boleh lihat pelabuhan dan sekitar bandar Turkmenbashi. Cantik juga. Tapi tak ada lanscape langsung. Mujurlah petang ada redup skit sebab dilindungi oleh bukit di belakang.




Comments