Tak Habis Habis Demam


Aku call wife aku beberapa hari lepas and my wife told me that Balqis kena demam campak. Cikgu suruh dia pulang ke rumah selepas dapat MC. Demam campak ni kalau nak kena biarlah waktu kecil sebab mudah parut parut hilang. Kalau dah besar baru kena agak teruk sikitlah. Tambahan pula campak mula merebak ke atas kepala dan muka. Untuk anak lelaki tk lah sensitif sangat tapi kalau anak perempuan memang sensitif terutama bila naik kat muka. Yelah...tak cun lagi lah. Alhamdulillah Kiz dah sihat and campak tak merebak sampai ke muka. Next sunday bolehlah balik ke asrama semula.
.
Hari Selasa lepas pulak Ubai demam lagi. Lepas balik sekolah terus dia tidur. Aku memang risu pasai dia ni. Dh la dekat periksa beberapa bulan lagi, lepas tu kerap sangat demam. Dalam masa dua bulan ni dekat 3 kali dia demam. Aku kata kat wife aku mungkin dia sensitif dengan cuaca panas sangat ko. Yelah born in UK katakan. Masa aku balik Malaysia dekat seminggu dia demam and tak dapat ke sekolah. Batuk, sakit tekak, demam panas dan entah apa lagi. Aku cuba jugk fikir fikir ada apa apa nazar ke apa ke yang aku belum tunaikan. Aku selalu nasihat dia jaga kesihatan sebab periksa dah dekat. Kalau demam nanti nak belajar pun susah. Dah pening kepala macam mana nak masuk.
.
Next Yusuff demam lagi sebab empat batang gigi taring nak tumbuh serentak. Kalau dia demam wife aku memang tk boleh buat apa pun. Dia merap dan asyik nak bertenggek kat wife aku je. Sekarang dia dah ok and dah nampak gigi gigi tu dah keluar. Masa aku blik hari tu dia demam seminggu sebab gig geraham nak tumbuh.
.
Sejak aku balik ke sini anak anak aku demam satu persatu. Bukan baru baru ni saja terjadi tapi sejak tiga bulan yang lalu. Masa aku talipon wife aku semalam dia pun demam. Tapi nak buat macam mana sebab bila anak anak dah ramai kena layan jugaklah walaupun demam.

Comments

Popular posts from this blog