Anak Anak Lia

Anak anak Lia seramai 5 ekor. Selepas di belek dan telek ada dua betina dan tiga ekor jantan. Sekarang umur mereka sudah dua hari. Semuanya nampak sihat. Lia nampak masih kurang sihat. Biasalah baru beranak. Sama saja dengan manusia baru beranak. Kadang bila aku dukung Lİa masih merenget. Aku rasa dia masih sakit lagi pada internal abdomen dia atau tempat peranakan. Mana lah ada epidural ke apeke masa bersalin. Dia sakit manalah kita tau. Dia nak cakap pun tak reti. Mana tau ada bruise ke apa ke. Yang pasti Lia kena banyak rehat. Kadang aku dengar dia mengerang bawah katil. Mungkin anak anak dia panjat atas perut dia yang masih luka atau sakit bila anak anak dia hisap susu. Anyway aku dah compom dan beri nama siap siap pada depa semua. Dan setiap nama tu ada maksudnya cuma aku tak ada peluang untuk timbang semua anak anak nya sebab tak ada timbang. Kalau nak main aci agak agak pun susah gak. Apa pun jom kita berkenalan dengan anak anak Lia.

Ini anak Lia yang sulung.
Nama: Zara
Tarikh lahir : 28th July 2009
Waktu lahir : 10 malam
Jantina: betina
Warna: tricolour; white, orange and black
Ini anak Li yang nombor 2
Nama: Rina
Tarikh Lahir: 28th July 2009
Waktu Lahir: 10.15 malam
Jantina: Betina
Warna: Gray and white
ingatkan jantan, kasi nama Zico. Rupanya betina. Kenalah tukar semula.

Ini anak Lia yang ke tiga
Nama: Megat
Tarikh Lahir: 28th July 2009
Waktu Lahir: 10.45 malam
Jantina: Jantan
Warna: Pure white

Ini anak Lia yang ke empat.
Nama: Omar
Tarikh Lahir: 28th July 2009
Waktu Lahir: 11.45 malam
Jantina: Jantan
Warna: Pure black

İni anak Lia yang bongsu atau paksu
Nama: Ginger
Tarikh Lahir: 29th July 2009
Waktu Lahir: 12.15
Jantina: Jantan
Warna: Orange

Yang mana satu ikut Lia atau Romario kurang pasti. Yang pasti Omar memang ikut macam Lia. Kalau ikut Lia mestilah hensem, hidung penyet and bulu panjang. Tapi kalau ikut daddy hidung mancung and pendek bulu. Masa kecil ni susah nak agak. Tapi kalu para pembaca memang pakar, bolehlah teka dalam komen nanti ok...

Comments

Popular posts from this blog