Aku Dapat SMS


Tengahari tdi sedang aku lepak dalam bilik untuk siapkan projek aku, tetiba hand phone aku berbunyi. Oooo...ada SMS masuk. Aku masih leka dengan jahitan aku dan baru aku tahu yang SMS baru di terima. Aku terus buka SMS tersebut yang berbunyi, 'Saya di Jakarta attend istimak. Jumpa dgn Hassan Brunei. Dia minta e-mail tuan. Mohon SMS cepat mungkin.' Rupa rupanya itu SMS dari Zul, member rapat aku. Aku terus menjawap dan mengirimkan e-mail aku secepat mungkin. Kemudian aku dapat lagi SMS dari Zul memberi e-mail address Hassan dan talipon no Indotel. Aku comfuse dengan number berkenaan sebab terlampau simple. Aku SMS kembali untuk pastikan number tapi tiada jawpan. Never mind, aku SMS ke number tersebut tapi dapat reply,'The number that you sent cannot be reached.' Tak apalah nanti aku akan e-mailkan kepada Hassan secepat mungkin.
.
Sejak dua tiga minggu kebelakangan ni, aku asyik teringatkan Hassan yang terlost contact. Aku rasa sudah lebih 4 tahun aku tak contact dia. Bukan malas, tetapi terputus hubungan selepas aku berjumpa kali terakhir di Paris. Aku masih ingat lagi aku dan dia bersama berjumpa dan bersalam dengan Datuk Sheikh (Malaysian Singer) selepas sembahyang Jumaat di Indonesian Embassy. Sempat bergambar lagi ( ada dlm my previous blog). Aku masih ingat lagi pada satu malam tu aku dan Hassan strolling bandaraya Paris sampai lewat malam hampir pukul dua pagi. Kami berdua asyik makan minum dan turut bercerita kisah kisah lama semasa sama sama di London. His hospitality masa aku bercuti di Paris akan aku terus hargai dan aku akan kenang hingga akhir hayat.
.
Semasa aku ke Brunei aku ambil kesempatan untuk menziarahi dia di Bandar Seri Bagawan dan sempat berjamu selera lagi di rumah banglow dia yang tersergam indah. Selepas itu untuk kali kedua aku singgah di rumah ibunya di Kuala Belait untuk makan tengahari. Aku masih ingat dia hidangkan aku Tomyam panas bersama sama lauk pauk yang lain. Masa belajar dulu biasalah kami lepak melepak di rumah masing masing dan ada ketikanya di hostel. Kalau nak tidur pasti dia akan suruh aku dan geng lain tidur dahulu dan dia orang yang terakhir akan tidur.
.
Hopefully bila aku dah dapat email ni, kami akan dapat berhubung lagi. Anyway sudah berapa anak engkau Hassan? Masih dua atau sudah bertambah. Apa apa pun seronok dapat berhubung kembali. Masih di Brunei atau masih merantau?? Semoga Hassan sentiasa di dalam keredhaan Allah selalu.

Comments

Popular posts from this blog