Apa Aku Buat Hari Niiiiiii


Hari ni banyak benda yang aku buat. Rasa pack sangat masa aku dalam bilik. Kadang lepas subuh aku tido kejap. Tapi hari ni aku bulatkan mata aku seluas luasnya. Pertama sekali lepas breakfast terus aku buat xstitch aku tuh. Sebelom tu aku jumpa Lan suruh dia ambil daging untuk masak nasi briani. Kira sekarang ni lauk dah siap. Cuma nasi saja belom masak sebab nak makan selepas maghrib.
.
Sebelum lunch and mandi manda aku siap buat sambal tumis kering ikan bilis dan kacang seperti dalam gambar. Aku sediakan sedikit untuk Pokku. Pukul 12 tengahari aku ke kantin tapi nampak orang ramai sangat terpaksa Q panjang. Aku ambil nasi dan terus ke bilik Lan. Rupa rupanya dia telah sedia untuk masak laksa. So dia janji makan pada waktu petang. Ok set. Balik aje bilik bila ada sambal tumis lebih aku masukkan daging dan masukkan santan dan serai untuk jadikan lauk aku untuk esok hari.
.
Sekarang ni nak melayan intenet memang frust. Slow nye dia mengalahkan siput babi. Alhamdulillah blog aku ni masih ok. Kalau tidak boleh biol di buatnya. Oklah nak work out kejap lepas tu masak nasi briani and mandi. Rasa malam ni nak lepak lepak nengok movie aje.......nengoklah macam mana jadi nye....

Comments

Popular posts from this blog