End Of Summer


Cuaca sekarang sudah semakin sejuk. Tapi masih boleh tahan lagi. Heater tak perlu on lagi. Tapi sekali sekala on juga aircon. Kalau ke bandar pepohon masih lagi berdaun. Dalam masa seminggu dua ni agaknya dedaun akan bertukar ke warna kurning dan terus gugur. Bila Autumn menjelma semuanya semakin laju. Waktu sembahyang pun terasa laju. Bukan kerana masa berputar dengan cepat. Tetapi siang menjadi pendek dan malam menjadi semakin panjang. Waktu begini sesuai sangat bagi mereka mereka yang ingin membayar puasa Ramadhan. Iye lah bertahan lapar sekejap saja kan. Tapi yang best sangat waktu begini adalah hibernate dalam selimut dan terus tidooooooo...

Comments

Popular posts from this blog