Excursion To Egypt: Kubu Israel di Semenanjung Sinai
.
Semasa melawat Mesir baru baru ni kami berkesempatan menziarahi kubu Israel semasa mereka berperang dengan mesir. Kalau tak silap aku, mulanya Semenanjung Sinai telah di tawan oleh Israel pada perang yang pertama. Tahunnya aku tak berapa ingat. Kemudian pada perang yang kedua, Semenanjung Sinai telah dapat dimiliki semula oleh Negara Mesir. Peperangan ini telah berlanjutan begitu lama sekali sehingga pihak Mesir telah habis idea untuk mendapat kemenangan. Akhirnya seorang alim telah bermimpi untuk di simbahkan pancutan air pada kubu Israel. Asbab dari mimpi itu Mesir telah berjaya mendapat semula Semenanjung Sinai. Ini ustaz yang cerita. Sehingga sekarang tiada pembangunan langsung di sini sebab telah tertakluk kepada perjanjian antara Mesir dan Israel. Perjanjian ini telah di katakan berat sebelah dan memihak kepada Israel. Apa apa pun kami puas bergambar di sini.....
Comments