Flowers of My Garden

.

Memang seronok berkebun atau gardening. Terutamanya apabila kita telah dapat meningmati hasil kudrat dan titik pelu kita. Bayangkanlah apabila garden kita tellah berbunga dengan semaraknya dan di sirami dengan berbagai bagai haruman. Banyak idea yang masih tersimpan di dalam otak ni. Cuma nak cari masa untuk bereskan satu persatu. Untung juga dapat cuti sendiri yang panjang.












Benih Dahlia yang aku semai sudah mula bercambah. Bila anaknya sudah besar aku akan ubah ke pasu yang lain. Warnanya belum lagi pasti tapi kalau berbagai bagai warna yang ada memang bagus. Begitu juga pokok pokok cili aku telah semai. Ada cili padi dan ada capsicum. nanti bila anak dah besar aku akan ubah ke pasu yang besar dan apabila berbuah dengan warna merah kuning and hijau pastinya menarik sekali. Pokok cili ini bukan sahaja boleh di makan tetapi juga boleh di jadikan hiasan. Baru ini aku sudah mendapat pokok halia bara yang berwarna pink yang menunggu masa untuk aku ubah ke tanah. Tapi di mana tempat yang sesuai ya.....

Comments

Popular posts from this blog