Excursion To Egypt: The Miracle Stone

.

Di Semenanjung Sinai ni banyak sangat sejarah atau kisah para anbia atau nabi nabi. Tapi kawasan kawasan ini sepatutnya di jaga dengan rapi dan di letakan papan penerangan akan kisah sesuatu sejarah di tempat tersebut. Kemudahan toilet untuk turis mesti lah tip top. Malangnya tak ada agensi yang bertanggungjawap untuk menjaga bahan bahan sejarah tersebut. Kami berpeluang menziarahi Batu yang besar yang di belah oleh Nabi Musa dan terpancutlah 12 mata air. Aku cuba bilang lubang aliran air pada batu tersebut. kalau di kira dari ke atas ke bawah adalah 12 aliran.



Boleh tahan jugalah nak berjalan sampai ke batu tersebut walaupun tidak curam mana pun. Waktu pun dah hampir senja dan angin bertiup agak dingin. Aku terfikir bagaimana nak mendaki Mount Sinai yang crooked tu. Rasa macam tak sanggup aje. Aku memang tak suka torture diri aku......hehehe.

Sempat juga aku bergambar. kasut tu baru aje beli kat Carefoure sebab nak mendaki punya pasal.

Ini lah dia batu tersebut. Ustaz Amin sedang memberi penerangan tentang sejarah batu tersebut. Yang peliknya terdapat 'hook' pada atas batu tersebut dan dipercayai telah ti tanam oleh tentera Israel untuk mengangkat batu tersebut ke Israel. Malangnya tak terangkat. Semasa pihak Israel menawan Semenanjung Sinai, mereka sudaya upaya cuba melupuskan kesan sejarah nabi di sini untuk di pindahkan ke Israel. Wallahhualam.....

Comments

Popular posts from this blog