Jalan-Jalan Ke Pulau Langkawi
.
Masa bulan puasa lepas, aku bertanya pada isteri mana nak pergi bercuti pada cuti hari raya. Ada dua pilihan samada nak ke Kelantan atau Langkawi. Wife aku terus beritahu Langkawi sebab dia teringin sangat nak ke sana. Lagi pun dah dekat sangat dengan kampung. Jadi aku pun terus booking hotel melalui internet. Cari punya cari finally aku decided to book Century Suria Condo di bandar Kuah. Sebelum tu ingat nak book hotel dekat pantai cenang tetapi bilik hotel banyak yang tak sesuai untuk keluarga besar. So kondo ini pun ok jugaklah sebab ada tiga bilik lengkap dengan dapur dan ruang tamu. Oklah caj pun cuma RM300 sahaja semalam. Oleh kerana masih suasana raya maka tak ramai sangat orang bercuti di sini dan jugak tak banyak kedai yang di buka.
.
Untuk kami sekeluarga tambang feri lebih kurang 100 lebih. Mula mula suspen jugak nak naik sebab insiden feri terbakar ke Pulau Tioman masih belum reda. Aku sempat juga bertanya pada kidmat feri tentang keselamatan penumpang dan sebagainya. Kami betolak ke Pulau Langkawi dari feri Kuala Kedah pada pukul 10.30 pagi, 16.10.2007 dan tiba di feri Kuah tepat pada pukul 12 tengahari. Setiba di sana seperti biasa kami di hurung oleh ulat kereta sewa. Deal punya deal dapatlah kami sewa kereta MPV Nissan Serena berharga RM180 selama 24 jam. Kebetulan kami datang kesini pun cuma satu malam sahaja. Then terus ke condo untuk check. Aku beritahu pada semua anak anak aku dan isteri aku bahawa hari ini adalah untuk kita shopping shopping and besok nya adalah untuk kita jalan jalan keliling pulau sahaja.
.
Pertama kali aku datang ke Pulau Langkawi masa aku darjah 3 iaitu baru umur 9 tahun. Pada masa itu aku dengan kakak dan abang aku tinggal bersam dengan sepupu mak aku. Kebetulan nenek aku pun ada di sana juga. Lama kami tinggal di sana. kalau tak silap aku sepanjang musim cuti persekolahan. Pada masa tu Pulau Langkawi termat sunyi. Bandar Kuah kecil sahaja seperti pekan koboi. pantai pula sangat cantik dan belum di nodai lagi oleh pembangunan. Kami boleh berjalan si sepanjang pantai yang putih itu dari pekan kuah terus ke jeti. Cerita yang menyeramkan pun banyak juga. orang kata pada masa itu juga banyak terdapat Langsuyar. Aku tak pernahlah jumpa. Tapi kalau aku terjumpa mesti langsuyar tu yang lari terkentut kentut. Sekali sekala lepak di masjid. Itu dahulu. Tapi sekarang sudah banyak beruapah. Orang kata macam face lift gitu.
.
Aku tak ada apa yang nak borong tapi wife aku beli banyak english tea set. Cantik cantik made in china. Aku beri ajelah duit untuk dia shopping. lagi pun aku memang suka kumpul tea pot. Ia telah menjadi hobi terkini aku. Anak anak aku pula banyak menghabiskan duit raya mereka dengan membeli berbagai jenis cokolat. Harga cokolat pun taklah murah mana pun lebih kurang di tanah beso saja.
.
The next day mulalah kami meronda ronda do sekitar pulau sebelum bertolak balik ke kampung Sungai Limau ( rumah wife aku) selepas zohor.








Ini rumah siapa entah. Eyes catching. Cantik dan menawann berkonsepkan Bali. Tapi ini gambar di langkawi. Di manakah konsep Malaysia. Tak ada siapa pun yang nak buat ke?? Tapi aku pun tercari cari konsep konsep Malaysia yang masih tersembunyi.
Ini sawah padi di Muzium padi. Nampak suasana tengan saja jadi aku suruhlah anak anak aku posing.
Wakaf atau gazebo serba putih di dalam muzium tersebut. Sejuk dan nyaman.
Aku suruh anak aku Hadi pegi berdiri di depan. Masih di muzium tersebut dengan konsep ala ala Bali. So aku tanya lagi pada diri aku di manakah consep Malaysia yang kita banggakan? Adakah kita sekarang dah ada split personality sehingga tak dapat menilai tingginya budaya orang orang kita. Hello orang berkenaan cuba celik mata skit.
Ini pintu masuk ke makam mahsuri. Dulu free aje nak masuk tapi sekarang dah kena bayo. Aku tanya anak2 aku nak masuk ke? Semuanya malas nak masuk. Alhamdulillah save duit aku.
Amboi asyik bergaya dengan topi baru no. Murah aje baru RM8. Tapi ada setengah kedai sampai RM22. Sungguh kurang sopan.
Susahnya nak ambil gambar korang. Aku besarkan mata barulah nak duduk elok elok. Ikhlas tu mood tak baik la tu asyik mengeliat aje.
Pemandangan dari Dataran Helang. itulah gambar feri feri yang mengambil penumpang ke tanah besar.
Inilah dia patung helang yang terbesar di dunia hasil ilham seorang rakyat Malaysia.
Ganbar beramai ramai. Gambar aku aje tak ade. biasalah kalau dah jadi juru camera. Sebenarnya sebelum raya tua aku ada beli camera canon DSLR. Entah macam mana terjatuh ke apeke, lense dia alignment lari. Jadi tak boleh nak focus dan ambil gambar. Spoil betol raya aku. orang tua tua kata apa tu... potong steam?????









Comments