Bila Kita Patut Sunat Anak-Anak


Sebelum aku nak elaborate panjang lebar tentang topik di atas, aku nak beritahu yang gambar yang tertera tu aku ambil dari www.danheller.com. Tu anak sapa aku pun tak tahulah tapi aku suka nengok gambar baby tu yang tenang aje menghadapi saat sat bersunat. Dont worry budak tu telah di anestatik kan.
.
Member aku baru ni dapat anak lelaki. Dia pun balik bercuti ke Malaysia selama sebulan untuk meraikan kelahiran anak pertama. So aku syorkan dia teruskan sunat untuk anak dia sebab sunat anak kecil kecil senang dan cepat sangat sembuh. Tambahan pula gunakan kaedah 'Ring' method. Clean and neat. Tadi aku SMS dia and tanya dah sunat atau belum. Dia kata tak lagi sebab nenek dia kata tunggu sampai besar.
.
Adat orang Melayu memang sunat anak lelaki apabila besar. Paling besar sampai tingkatan satu pun ada. Mungkin itu dulu. Tapi sekarang budak budak dah sunat sebelum masuk sekolah menengah. Tapi lain dengan aku. Lagi pun aku mempunyai jiwa yang suka melawan arus. Atau aku suka segala benda baru yang dapat memberi manafaat pada diri aku.
.
Masa anak pertama aku di lahirkan di UK, iaitu Ubaidullah. aku contemplating untuk sunat kan dia. Yelah kita orang Melayu mana biasa dengan benda benda pelik macm ni. Aku talipon mak aku minta pandangan dan juga mertua aku. Tapi mereka tak beri sebarang jawapan, cuma ikut kata hati aku lah. Masa tu ada seorng lecturer dari UTM datang untuk tamatkan master dia kat Bradford. Orangnya ramah dan selalu lepak dengan aku kat library. Masa tu aku pun buat master juga. Tapi bukannya niat nak belajar sangat tapi nak take a break setelah 3 tahun bekerja dan kebetulan aku baru kawin. Apabila dia syorkan pada aku untuk sunatkan anak dan cerita tentang pengalaman nya, aku rasa teruja. Setelah diskus dengan wife aku, aku terus buat appoinment dengan Dr. Quraishi. Masa tu aku baru selesai exam dan masa banyak terluang untuk aku uruskan my new born. Hari tu aku pergi jumpa DR. Quraishi dan sekejap saja tht circumcision dah siap. Harga murah masa tu. Aku cum bayar 40 Pound saja. Setelah lebih kurang tiga hari semuanya sudah sembuh dan pulih. Nak jaga pun memang senang sebab baby tak rasa sakit dan demam dan pakai pampers pun seperti biasa.
.
Aku ada 5 orang anak elaki. Semuanya aku telah sunatkan setelah berusia tujuh hari infact anak aku Yusuff dan İkhlas aku sunatkan sebelum usia seminggu. Semua anak anak lelki aku di sunatkan di Pusat Rawatan Islam kecuali Ubaidullah. Pernah sekali tu aku bawa anak aku Hadi yang masih kecil untuk bersunat. Masa tu aku di wad kanak kanak. Sementar menunggu gilirn aku pun duduk di atas kerusi sambil memangku Hadi di riba, seorang wanita bertanya aku apakah penyakit anak aku ini. Aku kata anak aku sihat sahaja cuma menunggu giliran untuk di sunatkan. Wanit itu terus terperanjat. Yelah mana ada orang Melayu bersunat di usia bayi.
.
Setiap kali member aku menimang cahaya mata lelaki aku akan rekomenkan mereka sunat kan anak mereka secepat mungkin. Tapi tak semuanya mampu untuk melakukannya. Aku pun tak tahu apa sebabnya. Adakah mereka belum berwang atau sukar untuk memecah tradisi yang di warisi dari nenek dan ibu bapa mereka. Dulu murah tapi sekarang dah dekat RM500. Macam aku senang, tak perlulagi untuk memujuk dan meryu anak anak aku untuk bersunat atau berfikir untuk buat kenduri berkhatan di cuti sekolah. Bagi aku selagi tk melanggar syariah apa salahnya kita menongkah arus kan.....

Comments

Ghazali said…
Ya Abu Ikhlas ...

I pun sunatkan anak I lelaki I awal awal lagi ...

Sebab I tak nak dia lalui seperti I lalui ... I trauma sangat ... I takut sangat nak sunat !!!

(That is why I sunat usia dah masuk 13 tahun!!!)
Abu Ikhlas said…
Ghaz,

biar betoi hg sunat umoq 13 tahun??? Tapi masyarakat kita masih susah nak terima sunat awai2

Popular posts from this blog