Cerita Pasal Gigi
.
Aku bukan nak cerita pasal gigi seperti seorang dentis. Tapi aku nak cerita pasal kisah aku dan gigi anak anak aku. Aku memang sentiasa ambil berat pasal gigi anak anak aku. Sejk mereka baru lahir sampai meningkat dewasa. Kalau nak kata gigi aku cantik tak ada lah. Masa kecil dulu hidup tak mewah dan perihatin pasal gigi sendiri mau jaga. Parents cuma pesan gitu gitu saje. Dulu berus gigi daht terkankang pun masih di gunakan. maklumlah tak ada duit sangat. İngat lagi sebelum aku ke oversea sambung belajar. Masa teman member aku chek gigi dia dengan Dr Ismail kat Daya Bumi, Lepas tu dia terus panggil aku untuk cek gigi. Aku malu-malu masa tu and try to refuse tapi dia kata jgn malu sebab nanti kalau sakit gigi susah nak belajar. Bila dia cek rupanya banyak yang kena tampal walau pun kecil. Sudah selesai dia beri aku bisness kad dia dan minta aku hantar poskad bila sampai di London. Aku ucapkan terima kasih sebab free...hehehehe and sampai saja di London aku terus hantar kad ucapkan jutaan terima kasih. Sampai sekarang gigi aku yang di tambah masih ok.

Bila aku dah mempunyai anak anak yang ramai, sebelum tidur dan selepas bangun dari tidur aku akan pastikan mereka berus gigi. Kadang aku paksa mereka buka mulut untuk pastikan gigi mereka bersih sentiasa. Aku rasa kadang anak anak aku pun boring dengan perintah gosok gigi aku yang di ulang tayang selalu. Ada juga anak aku yang kelentong. Tapi kalau aku chek gigi mereka masih tak bergosok dan aku akan bawa mereka ke bilik air dan aku sendiri yang akan gosokkan. Masa tu baru depa tau azabnya aku gosok gigi depa. Lepas tu tak berani kelentong dah. Bukan garang tapi nak disiplin kan anak anak. hhehehehe.....
Anak anak aku kalau longgar gigi mereka takut cakap kat aku sebab nanti aku cabut. Mereka rela pegi jumpa dentis daripada jumpa aku dentis yang tak bertauliah. Ada sekali tu gigi anak aku, Safwan sudah longgar tapi dia main main dengan aku sambil acah2 menunjukkan gigi dia yang hampir tercabut. Apa lagi bila dia tidur aje aku sentap skit terus tercabut tanpa di sedari. Sama lah dengan anak anak aku yang lain. Aku pura pura nak nengok dan pegang tapi lepas tu aku kais sikit aje terus terpelanting. Apa ladi depa mengamuk lh kat aku. Seperti yang berlaku baru baru ni pada Ikhlas. Hehehehe.......
Anak aku dua orang pakai braces. Pertama Ubai sebab gigi depan dia jongang. Aku selalu kata kat dia, muka nampak hensome tapi bila gelak dan senyum nampak gigi jongang...tak cun la. Masa dia tingkatan satu aku bawa jumpa Dr Aidil untuk bracekn gigi dia. Alhamdulillah gigi dia dah cantik dan tersusun rapi and kopak jugak duit aku RM2000. Keduanya anak dara aku Kiz. Dah dekat setahun dia pakai braces sebab tetiba gigi nampak jarang aje. So aku bawa jumpa Dr Ahmad untuk bracekan and kena kapur RM2000 jugak. Sekarang dah nampak cantik tapi kena tunggu sampai dua tahun baru boleh buka.
.
Baru ni aku suruh wife aku bawa Shamimi jumpa Dr Ahmad sebab gigi susu dia tak luruh lagi di bahagian depan. Bila jumpa Dr Ahmad dia kata gigi tu gigi kekal. Terus Dr Ahmad kata kat wife aku yang aku ni mimpi ke? Wife aku jawap balik, yang aku ni memang tahu sejarah gigi anak anak aku. Memang betul monitor gigi anak anak aku. Pernah Kiz pergi jumpa dentis and lepas x-ray dentis kata gigi susu tu dah bertukar menjadi gigi kekal. Rupanya susu gigi Shamim dah menjadi gigi kekal.
.
Kalau aku buka sejarah gigi bercerita dengan anak anak aku ramai yang tak percaya bagaimana aku patahkan gigi mereka semasa tidur. Yelah dari kasi pada dentis sampai RM30 untuk stu gigi susu, baik kasi Dr ni untuk cabut gigi.
Comments
klakar la bce cte nie...
kesian ank2 uncle..