Lia Selamat Melahirkan Anak





Semalam 28hb July 2009, Lia sudah selamat melahirkan anak. Syukur alhamdulillah hari yang di nanti nanti dah tiba. Aku pun tak perlu risau lagi. Sekarang Lia dah bertambah sihat. Cuma belum di mandikan lagi untuk memulihkan keadaan fizikal dia supaya semangat dan segar seperti sedia kala. Pantang kucing aku tak tahu lah. Tapi kalau pantang manusia ni mcam macam nak kena buat. Kadang tak terpikir dek akal. Itulah adat resam orang orang tua dulu dulu. Aku mudah aje....kalau wife sanggup pantang buat lah tapi aku akan pesan makan makanan yang seimbang dan berzat supaya susu badan sentiasa segar dan bertambah.
.
Anak aku seramai lapan orang tu waktu di lahirkan aku berada di sisi isteri aku. Kira dah lebih pada biasa. Bolehlah kalau aku kat labour room tu di ibaratkan sebagai pembantu doktor. Sakit nak bersalin memang teramat. Kalau nak pindahkan sakit tu pada suami untuk ringankan sakit nak bersalin yang di hadapi oleh isteri, aku pun tak sanggup. Depa sakit kita pun rasa sakit semacam walau realitynya tak sakit pun.....
.
Oleh kerana semalam aku dah experience jadi Pak bidan sekejap semasa Lia melahirkan anak, aku rasa eloklah aku berkongsi pengalaman tu. Masa aku dok asyik menonton cerita Bourne Supremancy lepas maghrib sambil mengirup kopi kaw dan mengopek koci, aku nampak macam Lia penat saja. Tetiba dia mengerang semacam dan nampak pernafasan dia laju. Aku dah agak dah mungkin dia dah rasa contraction. Nampak kat bawah pun masih tak ada tanda tanda. So aku pun continue enjoy movie aku tu.
.
After few minutes aku pandang lagi pada Lia tapi kali ni nampak dia dah lain macam. Letih dan pucat. Aku pun dukung dia dan nengok pepet dia. Sekarang sudah ada tanda nak bersalin. Water bag dah pecah tapi baru sedikit. Aku terus letak dia di dalam bilik mandi dan besan yang aku lapik dengan baju2 lama pun dah tersedia. Aku tutup pintu bilik air dan tunggu saja dia nak bersalin. Aku keluar bilik sekejap untuk cari pokku untuk bantu aku. Pokku ni boleh tahan gak dgn kepakaran kucing. Bila aku kembali kebilik aku dah mula nampak darah. Tetiba Lia menjerit sekuat hati. Aku rasa cam panik gak tapi still manten macho kan. Rupanya binatang pun rasa sakit bila nak beranak. Aku cuba usap muka dan leher dia dengan tangan aku dan dia diam sekejap. Aku continue lagi nengok movie aku tu. Lebas beberapa minit bila aku ke bilik air rupanya Lia dah bersalin seekor.
.
Tekaan aku cuma tiga ekor aje. Bila no 1 keluar berwarna tricolor, aku dah tahu ini pasti betina. Kalau kucing 3 warna mesti betina dan tak akan jantan. So aku kata kak long dah keluar. Selang 15 minit, keluar lagi satu ekor warna putih tompok kelabu. Sama warna macam daddy, Romario.
Bila yang ketiga nak keluar Lia menjerit lagi...aku terpaksa kata kat dia ...'Sabar Lia...sabar Lia.... mengucap mengucap.. ' Bila nampak dia dah bersedia aku pun kata,' Push now...now.' Sebijik macam mana Dr Zaleha, Dr Siti dan Dr Habibah mengarah wife aku. Teringat aku ucap kata kata tu masa isteri aku nak bersalin. Kali ni anak dia keluar bewarna putih. Jadi aku rasa semuanya dah selamat.
.
Aku ambil gunting dan potong tali pusat anak kucing tu dan urinya aku flush saja dalam tandas. Lepas tu keluar lagi anak yang bewarna hitam. Aku memang teruja kali ni sebab susah sangat nak dapat anak kucing yang pure black. Aku masa tu dah pukul 11.45 malam. AKu rasa dia ni memang special dan cute. Aku harap semuanya dah selesai dan aku biarkan Lia bersihkan badannya and to give her little bit of privacy. Aku tutup pintu bilik air takut dia berlari keluar atas katil aku. Mampuslah aku nanti nak cuci bilik. Aku tak penat tapi cleaner aku yang penat.
.
Pada pukul 12.30 malam aku kembali ke bilik air dan terperanjat aku bila lihat anak Lia yang kelima berwarna garfield sudah ada dan merangkak mencari susu. Tapi kali ni tak dengar pulak Lia menjerit. Anyway aku rasa lega sebab semua sudah selamat. Lunch tadi bila aku balik kebilik aku lihat bekas dalam bilik air dah tak ada anak anak Lia. Rupa rupanya semua dia telah sorok di bawah katil. Yelah takut di ganggu .... . Nanti aku cerita dengan detail anak anak Lia pulak dari Kak Long sampai lah yang bongsu ok.... Sekarang tidur pun dengar suara anak anak kucing. Alahai berjaga malam lah nanti..... hehehehe. Mujur tak kena tukar lampin....hehehe. Kalau wife aku baca mesti dia akan ketawa. hehehehe...........

Comments

Ghazali said…
Taahhhhnniiiaaahhhhhhhhhhh ...

Sebab hang dah jadi DATUK!!!

Tahniah ....
Mohamad said…
Alhamdulillah dan tahniah akhirnya jadi pak bidan hang no?. Bukan aku aje jadi Pak bidan orang dan kuching. Masa dalam pantang ni memang dia sembunyi kan anak dia ke tempat yang gelap dan sejuk. But make sure bersih. Lia kena makanan yang berzat. Cari makanan for nursing Cat. Kalau ada science diet cari yg for nursing cat .. kerana zat dia lebih fasal nak keluarkan susu banyak. Nanti kena ajar anak2 berak kat pasir.
Hai siap la berbau bilik tu nanti kalau tak di atur beraknya. Nak hantar ke anak lia ke Doha. Lia anggun sure anak-anak dia cute.
Mohamad said…
baca blog aku .. aku ada cite fasal lia n minta permission aku ambil gambar lia...
Abu Ikhlas said…
Ghaz,

tq......rupanya kucing bersalin tak tumpah cam orang....hehehe. Sekarng dia masih nifas tau...
Abu Ikhlas said…
Mat,

ok no hal. Sini mana ada science diet.....makan apa yg ada lah. Tapi tiap har, dia minum fresh milk.

Popular posts from this blog