Another Fraud???



Balik baru ni aku ada advertise cross stitch aku dalam mudah.com. Tak ada respon pun sebab tiada ringing pada hand phone wife aku. Tetiba aku dapat email dari seorang yang bernama Robin berhajat untuk beli. Dia kata dia akan buat bayaran melalui paypal and nanti company dia akan hantar orang untuk ambil. Aku pun layan lah juga and cuak pun ada. Alah...cross stitch aku pun bukan mahal sangat. Then aku terus communicate dengan dia and oleh kerana aku tak ada akaun paypal, aku pakai akaun anak sedara aku.
.

The next day aku pun kasi email pada si Robin ni untuk masukkan duit melalui paypal. Yang best tu dia siap masuk duit harga paypal tersebut bersama dengan cost for shipping yang mahal dari xstitch aku tu. Pastu cost shipping dia suruh aku western unionkan ke address si polan.Bila dia minta masukkan duit ke western union aku lagi suspicious walau pun dai kasi duit shipping siap siap. Pas tu aku suruh anak buah aku check ada duit masuk tak dalam akaun dia sebab aku pakai akaun anak saudara aku. Anak buah aku kata tak ada duit masuk pun and anak buah aku pun bagi tahu jgn percaya sebab byk fraud berlaku.

.
Finally aku email balik kat Robin ni and wrote...' NO MONEY SENT AND EVERYTHING IS FAKE'. hari ni aku buka email siap cakap dia belayar ke Bermuda pulak sebab tu tak sempat nak check. Pada korang semua tolong berhati hati sebab banyak sangat kaki penipu sekarang.

Comments

Popular posts from this blog