Hantu Kak Limah Balik Rumah

Semalam tetiba aku terima SMS dari Lan yang berbunyi,'Udang dah ada. Sediakan tepung'. Belum sempat aku menjawap Lan dah ketuk pintu. Bila aku buka pintu dia dah siap bawa udang yang sedia untuk di kopek sebanyak satu kilo. Aku tercegat sekejap. Sebenarnya aku malas nak buat benda yang out of my schedule. Tak plan pun nak buat cucur udang. Lastly mahu tak mahu aku bancuh juga la tepung, masuk udang dan daun bawang. Sini tauge tak ada memang tak best.
.
Sementara aku ke surau aku suruh dia goreng. Bila dah ready boleh makan cucuq udang dengan kopi 'O' kaw sambil menonton cerita Hantu Kak Limah Bakil Rumah. Aku dah nonton cerita ni dua kali dah. Enthlah rasa tak jemu pulak. Jadi bila ada geng untuk nonton sesama mestilah best kan. Sambil nonton, sambil makan cucuq udang kuah kacang yang Lan buat tadi and sambil goreng cucuq. Apa lagi kami dua orang gelak macam nak pecah perut. kir sampai pukul 12.00 tengah malam baru habis. Esok nak makan laksa lagi tapi tak adalah nak nonton wayang lagi. Mungkin Ahad ni sambil buat karipap pulak.

Comments

Popular posts from this blog