Grocery
.
Aku dah lama nak menulis benda alah ni tapi tak sempat. Since gambar dah upload biar aku cerita skit. Dua minggu lepas aku ke bazar macam biasa sebab nak beli barang keperluan. Esok pun nak ke bazar juga sebab sesaja nak luang masa and tenangkan fikiran yang dah semakin malap ni. Yelah asyik berkurung dalam kem macam sitting in the pigeon hole.


Di sini kebanyakkan barang semua imported. Local product memang kurang. Sebab tu barang keperluan kat sini agak mahal. Itu pun tk ada tax. Yang leceh tu tak ada price tax. Price differ from one shop to another. So kena banyak berjalan dan bertanya. Ini yang memenatkan. Aku pulak kalau ke Bazar cepat cepat shopping and cepat cepat balik sebab ada banyak aktiviti dalam bilik nak di langsaikan. Ini tepong imported from russia. Sekilo harga RM3. Aku selalu standby tepung ni untuk buat cucoq ikan bilis dengan jagung.

Ini pula beras basmati. Harganya adalah RM45 untuk 5 kilo. Di sini ada berbagai bagai beras. Beras siam pun ada tetapi banyak sangat kanji. Nasi basmati ni aku selalu masak nasi lemak serai, briani and nasi rampaisari. Baru seronok makan. Selalunya aku menjemput member member makan bersama sama. Nak masak no hal sebab kejap aje. Main campak campak dah siap.

Ini pula teh uncang lemon. Kalau ada ketul ais lagi best. Rasa nyesal pulak tak beli peti ais dari awal. Sekarang dan spring time and cuaca sudah tak berapa sejuk. Kadang rasa nak diet tapi kalau ke bazar semua nak beli. Lepas tu asyik mengunyah dalam bilik. So memang fail lah diet kalau macam ni. Esok rasa nak buat laksa and karipap. Kalau macam tu kena ajak Lan mai canai buat kulit karipap.

Comments

Popular posts from this blog