Adik Angkat Bermalam di Rumah
.


Yesterday masa dok drive ke pejabat tetiba dapat sms dari adik angkat aku berbunyi,"I'm on the way to KL". Nantilah aku balas sebab masih driving. Setibanya aku di parking lot aku terus balas, "Sekarang dimana dan pukul berapa tiba di KL". Tak berapa lama kemudian dia pun balas,"Sekarang di Pagoh dan ada meeting pukul dua". Bila sampai saja kat bilik aku terus call dia dan temujanji di Ampang Park pukul 5 petang dan jemput dia bermalam di rumah. Pada mulanya dia agak keberatan tapi setelah aku mendesak dia pun setuju dan aku pun jemput driver dia bersama.

Sebenarnya adik angkat aku ni adalah sekampung dengan aku. Beza umur kami cuma 4 tahun sahaja. Aku masih ingat masa aku di sekolah menengah akulah yang banyak mengajar mereka matematik dan selalu jugak dia dan rakan yang lain datang lepak di rumah aku. Kebetulan mak aku pun very sporing dengan rakan rakan aku.

So pada pukul 5 ptg kami jumpa di Ampang Park. Sementara menunggu dia datang tu aku sempat membeli beberapa buku cerita fiction untuk aku bawa masa outstation nanti. Aku beli lima semuanya sebab murah. After 15 minit mereka pun tiba. Terus aku ajak mereka makan di gerai depan tu sementara tiba di rumah aku. I called and told my wife that we gonna have guests and asked her to prepare a dinner.
Sampai rumah, wife aku dah sibuk masak sambil dukung Yusuff yang sedang menangis. Aku pun ambil Yusuff ke depan sambil berborak dengan adik angkat aku. This is his first visit jadi banyak lah benda yang di soal dan di cerita. Awal awal lagi aku suruh Ubai dan Wan to vacate their room for the guest and the bathroom down stairs is for them.
Agak pukul 8.30 baru kami makan dan banyak lah kami berborak dari zaman kanak kanak sehinggalah sekarang. Maklumlah lama tak jumpa. Dia pernah ke Bosnia masa zaman perang 10 tahun yang lalu dan banyak sangat soalan yang aku nak tanya. Memang interesting sangat. Dulu adik angkat aku tinggal dengan atok dan nenek dia. Sekarang mereka dah tiada dan tinggallah rumah itu usang begitu saja. Pakcik2 yang kami kenal di kampung dah ramai yang meninggal dunai dan yang tinggal hanya dua orang sahaja lagi. Yang makcik makcik pun dah tak berapa ramai dan semakin uzur.

Bila di kenang dan di bicara kembali memang nostalgia hidup di kampung adalah tersangat indah dan tak akan dapat di ulang lagi. Kami sama sama menyedari yang masa berlalu begitu pantas dan tanpa aku sedari aku dah mempunyai anak lapan...........Kami sama sama tersenyum dan ketawa. Adik aku pun dah ada anak tiga yang sulung sudah darjah dua. Sekarang kami berdua dok fikir untuk reunion balik satu kampung untuk menghargai penduduk di situ. Tapi bila ya.......

Comments

Mohamad said…
TU la aku rasa macam semalam aku masakkan utk hang kat rumah Danda. Dan rasa macam semalam Danda leter kata aku... using the heater and making the meter running like hell.....

Popular posts from this blog