Shamim Admitted Into Hospital Sungai Buluh
Hari Selasa, 7hb Oktober selepas pulang dari sekolah agama, aku lihat Shamim tidur diatas sofa. Aku nampak dia letih saja and rupanya dia demam. Macam biasa aku ingat demam biasa aje dan suruh dia terus mandi dan makan ubat. Minggu depan dah nak periksa sekolah ugama. Pagi esoknya bila aku bangun pagi dia kata dia sakit perut. Aku kata tak payah kesekolah la. Mungkin silap makan. Shamim kata dia tak rasa nak berak pun. Tapi sakit perut tu datang dan pergi. So aku kata never mind malam ni pegi klinik dengan umi.
.
Malam tu wife aku pun ke klinik. Kebetulan Yusuff pun demam, sebab itu aku suruh bawa Shamim sekali. Tetiba hp aku berdering wife aku talipon. Wife aku kata doctor periksa dan suspect appendix. Aku macam tak percaya sebab aku dah nak balik ke tempat kerja aku ahad ni. Wife aku tanya lagi nak refer ke hospital mana. Aku rasa lemah aje nak fikir lagi benda cam ni. Dah la masa cuti lepas wife aku masuk hospital. Tak kan kali ni ada lagi yang nak masuk hospital.
Aku fikir punya firkir aku kata jom bawa ke Hospital Sungai Buluh aje. Nak cuba juga gomen hospital. Selama ni asyik ke pusrawi aje. Bila wife aku balik dari klinik aku terus pack barang aku dan anak aku. Kalau kena tahan nampaknya aku pun kena bermalam di hospital. Sampai di klinik kecemasan doktor pun terus masuk wad. Maka inilah pengalaman pertama aku bermalam di hospital. Sebelom ni tak lah pernah sebab ramai tentera di rumah yang perlu di jaga. Kami di dafter di bilik pediatric bilik 17-20. Rupanya di situ sudah di huni tiga orang kanak kanak. Seorang tu kena appendix gak dan menanti untuk di bedah.
From time to time anak aku mengerang sakit. Aku tak tahu apa nak buat cuma suruh tahan dan bersabar. Doctor kata nak monitor and scan dulu untuk confirmkan perkara tu. Tapi sakit anak aku tu semakin menjadi jadi. Pada malam berikutnya pun aku terpaksa bermalam lagi. Sbelum tu aku balik kejap kerumah untuk salin barang dan wife aku teman anak aku pula dengan tentera tentera aku yang kecil ikut sekali. Aku rasa boleh gamat hospital tu. Bila aku dah nak kembali ke hospital aku call wife aku utk su[paya pulang sebab anak aku pun nak exam plak. Pada malam kedua tu aku belikan buku buku untuk anak aku baca. Aku beli Sudhoku untuk dia main dengan aku. At least dapatlah dia lupa sakit perut dia buat seketika waktu.
Khamis pagi tu doktor pelatih pun datang interview aku dan anak aku. Aku layan ajelah. Petang tu hari khamis Doktor arrange untuk pergi scan kat tingkat bawah untuk confirmkan perut anak aku ni. Finally confirmkan yg anak aku sakit appendix and sedia untuk di bedah. Malam tu anak aku nampak bersemangat. Dia tanya aku satu persatu perihal bedah dan aku pun jelaskan satu satu.
.
Aku pun terus call boss aku beritahu keadaan anak aku ni dan minta kebenaran untuk tangguh flight aku. Risau jugak, sebab last home leave pun sama juga situasinya masa wife aku masuk hospital. Alhamdulillah boss aku izinkan so terpaksalah aku tunda to next sunday.

Pagi jumaat tu barulah doktor datang dan arrangekan operation after friday prayer. Aku call wife aku dan dia kata nak datang. So aku pun terus ke Asrama sekolah anak dara aku seorang lagi untuk bawa dia pulang ke rumah dan untuk bawa anak anak teruna aku pergi sembahyang Jumaat. Rupanya wife aku tinggalkan Yusuff pada jiran dan Yusuff menangis sepanjang hari sehingga demam dan muntah muntah malam tu. Lepas Jumaat terus ke hospital and suruh wife aku pulang sebab Yusuff pun sudah tak sihat. Malam ni adalah malam ketiga aku di hospital. Bila aku tiba semuanya sudah selesai dan aku nampak Shamim berbaring keletihan dan masih lagi dengan doss anestatik tu.
Sepanjang malam tu aku lain tak fikir cuma bagaimana nak arrangekan kencing dia dalam keadaan badan dia yang lemah. Kalau anak lelaki senang aje kita nak buat tapi kalau anak perempuan bagaimana ya. Mujurlah sampai ke pagi barulah dia nak kencing. Bagaimana dia nak kencing rasanya tak perlulah aku ceritakan di sini kan. Biarlah jadi rahsia antara aku dan Shamim....hehehe.
.
Sebenarnya badan aku pun dah letih dengan semua masalah ni. Tapi dah jadi macam perkara biasa bila handle benda benda cam gini. Hari sabtu petang barulah aku doktor benarkan balik. Selepas di beri ubat dan membuat pembayaran kami pun pulang ke rumah dan akan ke hospital lagi untuk rawatan susulan.
.
Pada doktor2 dan misi2 yang terlibat dalam merawat anak aku tu aku ucapkan banyak banyak terima kasih atas bantuan korang. You all telah beri satu kidmat yang professional dan terpuji. Bila aku buat pembayaran di kaunter, bila di beritahu charge yang di kenakan' aku bagaikan bermimpi. Memang tak percaya. Yang pasti kalau di hospital swasta semestinya aku perlu membayar lebih dari 5K dengan kidmat dan facilities yang serupa.

Comments

Ghazali said…
Alhamdullilah semuanya selamat sudah ... and you pun dah selamat samapi ke Turkemin dah ....

Abu Ikhlas ;

Memang benar ... Hospital Gomen punya service are much much much better now .... waktu anak I yg down tuh masuk ward utk buat gigi pun, memang service dia SUPERB ... siap I dapat makan sekali taauuuu!!!!!!!!

Tahniah MALAYSIA ......
INTAN RH said…
salam.

camna dgn Syamim sekrg ni...? Harap sumenya ok ye.



regards,
aidarina
Abu Ikhlas said…
Ghaz,

Lain kali apa apahal leh ke hospital gomen aje...tapi kena sabo la kalau kena q tu

Aida,
Alhamdulillah shamim dah beransur ppulih and dia dah boleh jalan
zura aini said…
semoga cepat sembuh shamim ni, waaa dah besar yusuf ye.

Popular posts from this blog