Hasil Kerja Aku - Siapa yang mahu memilikinya... Inilah dia projek aku yang dah siap di framekan baru baru ini. Nak buat frame yang kemas dan cantik bukannya murah. Satu dah mahu seratus ringgit. Kalau 4 frames dah rm400. Itu baru harga frame and belum lagi di kira dengan kerja tangan aku tuh. Benda ni kalau nak buat memang perlu kesabaran dan semangat yang kental. Falsafah hidup aku senang aje. Untuk berjaya dalam apa jua bidang sekali pun mesti lengkapkan dua perkara ini dalam diri. Pertama RAJIN dan keduanya adalah DISIPLIN. Satu tu dah di order oleh member aku dan aku akan pos laju esok. Yang tiga lain belum ada tuan. Kalau siapa ada hati untuk memilikinya bolehlah email kan ke nisabalqis@yahoo.co.uk.
Posts
Showing posts from December, 2010
- Get link
- X
- Other Apps
Motor Untuk Anak Teruna Aku Ini lah kali pertama aku beli motor. Sebenarnya aku sendiri tak ada lesen sebab tu tak beli motor. Tapi kali ini aku beli untuk anak teruna aku supaya dia mudah untuk pergi ke kelas dan sebagainya. Tapi aku dah beritahu the do and the dont. Motor hanya di gunakan untuk belajar dan perkara perkara yang baik seperti pergi keluar jemaah dan ke masjid. The donts tu adalah seperti merepit, atau bermakwe dating dan pergi ke tempat yang tak elok. 30hb ni baru dia nak test lesen. Doa doa semoga dia lulus. Balik kali ni duit keluar seperti derasnya air terjun Niagara Falls. Malas aku nak calculatif sangat. Yang pasti saving bulan ni memang elek pocik...hehehehehe.
- Get link
- X
- Other Apps
Cincin Dari Bali Inilah cincin yang aku beli untuk wife and anak dara aku. Yang besar tu untuk wife and yang satu lagi untuk anak dara aku. Ini dia cincin untuk anak teruna aku. Untuk jari aku tak muat nak pakai. Harganya memang menakjubkan tau.... Dulu aku tak pernah angkat pot pasal cincin ni. Oleh kerana selalu dengar cerita cincin dari Abe, aku pun terpengaruh juga untuk membeli cincin. Untuk memakai cincin tu aku kena fikir lagi sebab aku tak berapa minat nak pakai lagi. Bila melawat galeri kedai silver, aku pun berkenan untuk membeli cincin untuk wife aku dan anak dara aku. Nak beli emas pun mahal nak mampus sekarang ni. So beli yang silver pun kira oklah. kalau hilang pun tak rasa keruan sangat. Bila aku ke pasar Ubud berkenan pula nengok cincin untuk orang lelaki. Lepas tu aku ingat anak teruna aku nak cincin sebentuk. Aku pun beli satu aje. Memang murah sangat. Aku pun beli satu. Kemudian rasa menyesal pula tak beli lebih. Bila aku tiba di bandar kuta dan ke plaza Matahari rup...
- Get link
- X
- Other Apps
Door Opener Inilah contoh pembuka pintu yang aku temui. Design ni memang cantik. Aku pernah beli dahulu tapi design nya biasa sahaja. So apa lagi, aku terus ajak driver aku cari di kedai hardware untuk mendapatkannya. Anyway aku dapat dua sahaja seperti di bawah tetapi design yang berlainan. Kira menarik jugalah. Hahahaha........ Cantik tak pembuka pintu yang aku beli ni?? Ini adalah special product dari Bali yang aku baru beli di sana. Amat sesuai untuk di letakkan pada pintu gerbang atau pintu masuk rumah. Kalau di modify boleh di jadikan door knock. Harganya memang murah sangat. Rasa menyesal pulak aku tak beli banyak. Tapi tak terfikir lagi mana nak aku letak kan.
- Get link
- X
- Other Apps
Majalah Design and Decoration Selalunya kalau aku berjalan ke sesuatu tempat aku akan mencari sesuatu yang unik. Untuk memiliki majalah dekorasi sesuatu tempat juga unik buat aku. Semasa di Bali aku pun mencari majalah decorasi ala Bali untuk aku dapat ilham dan renovate rumah aku. Itu pun kalau di izinkan Allah. Majalah Bali Style adalah majalah baru yang menceritakan design sesign ala Bali yang terkini yang lengkap dari A to Z. Segala paparan tersangat informatif and anda boleh melihat halaman web untuk mencari sesuatu product dekorasi. Aku tersa nak langgan aje majalah ni tapi aku kena email dulu bagaimana mereka bisa poskan untuk aku. Untuk Che Mat, ko nak order tak kalau bisa di hantar ke Malaysia. Ko mesti tak nak aku lebih dari ko kan. Eh aku nak tanya ko, ko dah ada lesen scuba ke? Kalau ko dah ada aku pun mesti kena ada juga nih......
- Get link
- X
- Other Apps
Beli T-Shirt Kali ni aku tak beli T-shirt lecuali Hard Rock sahaja. Pagi tu sempat ke Hard Rock Cafe beli t-shirt. Sekarang dah banyak design yang cantik cantik. Aku beli untuk aku satu dan untuk anak teruna aku satu. Mana boleh beli banyak banyak dong...mahal gitu. Satu pun dah dekat RM90. Mujur masih ada banyak rupiah untuk di belanja.
- Get link
- X
- Other Apps
Urut Jangan Tak Urut Bila dah penat dan lengoh berjalan mesti nak kena cari orang urutkan. Rasanya kaki aku dah sakit dan kejang sebab berjalan banyak sangat. Tapi kalau nak urut eloklah cari makcik yang tua yang nampak macam mak kita aje. Anak aku Hadi nak mandi beach. Aku pun lepak kat bawah pokok tu sementara menunggu mereka bermain dengan ombak dan mandi. Tetiba aje dtang makcik tu urut belakang aku. Waduh...sedapnye....... Apa lagi aku terus suruh dia urut. Dia kata harganya RP50. Aku kata urut satu jam aku kasi Rp70. Kira penat jugalah dok menawar. Kalau di ikutkan bukannya mahal sangat pun. Lepas tu rasa lega seluruh badan, tangan dan kaki.
- Get link
- X
- Other Apps
Hunting for Kemboja Itu dia ibu yang menjual kemboja pada aku. Harganya tak mahal. Semua sekali baru RM10. Tapi nak hidup tu aku serah pada Allah. Lepas ni aku nak pi tanam. Tengah jaws ni... Ni anak teruna aku merangkap kami punya photographer. Dia baru berusia 14 tahun Bergambar dengan anak anak dara aku. Yang hairan tu tak seorang anak anak aku menunjuk minat untuk mewarisi hobi hobi aku. Tak habis habis dengan internet n facebook. Mamat ni sedang bertungkus lumus membungkus batang batang kemboja yang aku beli. Minat aku pada pohon kemboja memang tak dapat di nafikan. Aku sudah mempunyak 5 warna koleksi pohon tersebut. Kalaulah aku ada garden yang luas pasti aku akan tambahkan lagi koleksi pohon pohon ini. Dulu aku pernah bawa pohon kemboja berbunga kuning dari Bali dan sehingga sekarang tumbuh segar mekar di depan pintu gerbang rumah aku. Bila bunga penuh, baunya harum semerbak. . Baru baru ni semasa ke sana aku tak serik mencari pohon kemboja yang berlainan ronanya. Akhirnya dapat...
- Get link
- X
- Other Apps
Barong Dance Watak watak jahat ni selalunya bengis. Kalau bawa anak kecil aku rasa mesti takut dan menjerit. Sesiapa nak menonton eloklah tinggalkan anak kecil kat pak guard kat luar...hehehe Ini semestinya watak penjahat. Aku memang suka lihat tarian ni. Bila dia goyang kepala tu yang best. Sampai sekarang aku tak tahu bagaimana nak goyang kepala macam tu walau dah berkali kali mencuba..hehehehehe Aku kagum melihat design watakni. Aku pun kagum dengan penari tersebut. Bukannya ringan benda alah ni. mahu sakit bahu dan lengoh pinggang. Inilah dia pentas para permuzik gamelan. Berbeza sekali pakaian mereka kalau nak di banding kan dengan philharmonic. Kalau anda ke Bali rasa tak sah kalau tak menonton Barong Dance. Barong Dance ini adalah drama tari yang menyampaikan message yang tersendiri. Conclusion nya adalah the Good wins over the Evil. Biasalah cerita cerita di dalam kepercayaan mereka. Ini adalah kali kedua aku menonton. Kalau ikutkan hati dah malas nak menonton tapi nak beri pel...
- Get link
- X
- Other Apps
My Painting Inilah oil painting yang aku beli. Harganya murah saja. Aku pun tak sangka semurah ini. Bila aku lihat painting painting di geleri terasa pula nak jadi pelukis. Memang aku nak jadi macam macam kan..hehehehehe. Aku nak beli dua, tapi tak dapat nak match kan dengan yang ini. Puas aku mencari tapi tak juga jumpa jumpa. Kalau aku ada banyak masa sure aku cari satu pulau sampai dapat.....wah Che Mat, aku tengah jaws tau. Aku dah tau kat mana aku nak gantung drawing ini. Buat masa ini biarlah dia bersemanyam di dalam tube tu...
- Get link
- X
- Other Apps
Indoor Water Garden . Sepatutnya aku ada satu hari untuk bersiar siar dan mengambil gambar building and water garden. Tapi oleh kerana kesuntukan masa terpaksa aku lupakan saja. Insyaallah jika ada masa aku akan laksanakan juga. Anyway sempat juga aku ambil gambar seperti di bawah selepas aku selesai makan nasi padang bersama sama dengan anak anak aku. Andai kata hajat aku yang tersurat dan tersirat tercapai insyaallah aku akan buat juga water garden seperti di bawah di rumah aku. Harap harap impian aku jadi kenyataan. Rumah aku pun ada juga pintu gerbang seperti ini tetapi lebih simple. Cat pun dah pudar dan aku fikir untuk gantikan dengan rona putih pula supaya lebih matching dengan warna hitam. Kalau tuan datang ke Ubud terdapat berbagai jenis design lagi. Tapi simple macam ni dah cukup menarik. Ini adalah hadangan daripada kayu dan di selang seli dengan mural batu ukiran yang menarik. Nak beli dan bawa balik? Wo..wo...kena special order. Aku beli satu ukiran ikan emas dahulu yang m...
- Get link
- X
- Other Apps
Excursion To Bali, Indonesia Ooopppsss terambil gambar bun.dot.dot mamat ni plak. Sebenarnya aku nak ambil gambar mamat tu sedang update informasi tour program. Cuba nengok...macam macam activiti dan program ada.....siap duit and diri aje.. Rasa macam nak pegi scuba aje nengok marine life yang amat mempersonakan. Aku ke Bali lagi pada 20hb Dec yang lalu. Ini adalah kali ketiga aku ke sini. Kalau orang kata jiwa aku terpikat dengan kedamaian pulau ini memang aku tak menafikannya. Kisah banyaknya patung dan tokong itu lain cerita. Yang aku suka lihat adalah taman air dan seni bina yang simple dan unik. Last posts banyak aku cerita pasal Istanbul, Turki. Kali ini aku akan ceritakan pasal perjalanan aku ke Bali dan apa yang aku cari dan dapat di sana. Rasanya banyak sangat nak tulis mungkin makan masa seminggu untuk aku siapkan coretan ini. . Aku pergi berempat dengan dua anak dara aku dan seorang our photographer comel ( anak aku la). Kami pergi naik Airasia and menginap di Tune.Com. Hote...
- Get link
- X
- Other Apps
Nak Sekolah di Mana??? Keputusan untuk ke sekolah SBP dah di umumkan and malangnya nama anak dara aku tak tersenarai. Aku dah buat rayuan. Doa sahaja lah kepada Allah. Kalau ada rezeki adalah. kalau tak ada belajar ajelah di sekolah biru depan rumah tu. Yang penting hati mahu belajar bersungguh sungguh. Keputusan untuk ke MRSM belum lagi keluar. Kalau ada rezeki di situ alhamdulillah. OK lah Mim jom kita terus berdoa ok....
- Get link
- X
- Other Apps
Anak Dara Aku Dapat 8As Parents pun turut meraikan kejayaan anak masing masing Wajah wajah riang dan ceria selepas menerima result. Tahun depan tingkatan empat bukan tahun honeymoon ye...... Kena belajar bersungguh sungguh dari awal. Para ibubapa kusyuk mendengar ucapan guru besar sebelum result di umumkan Semalam aku teramat mengantuk selepas bangun pagi sebab sampai rumah dari LCCT dah dekat pukul 3 pagi. Tapi aku tetap mersengkang mata sebab ada dua perkara yang aku nak bereskan. Pertama pengantin baru ada di rumah and dah nak balik lepas breakfast. Keduanya aku nak pergi ambil result anak aku. . Anak aku macam biasalah kecut perut nak ambil result. Alah PMR biasalah kan. Ba dulu selamba je ambil result. Tok and Wan tak pernah angkat pot pun result kita orang. Selepas nak buah aku pulang aku terus ajak anak dara aku siap untuk ambil result. . Tiba aje di sekolah kereta parents dah penuh . Aku pun terus masuk mencelah ke tepi. Dengarnya seramai 132 dapat 8As and the remaining 14 tak ...
- Get link
- X
- Other Apps
Aku Terima Menantu . Rasanya sejak balik aku tak ada masa nak goyang kaki and rehat rehat. Banyak sangat benda yang nak di uruskan. Salah satunya adalah menghadiri majlis perkahwinan anak buah aku ni. Mulanya ingat tak semua yang pergi finally aku decided semua mesti pergi. Jadi kami sekeluarga terus balik menuju ke Utara pada hari Jumaat tu. On the way singgah sebentar di rumah my sister untuk solat jumaat and lunch di Parit Buntar. Wife aku yang nak singgah sangat sebab dia kata tak pergi lagi ke rumah baru mereka. Aku tiba di Sungai Limau pada waktu petang tu. Tak singgah ke rumah my mummy sebab mummy dah bertapa lama di Penang rumah my brother. Pagi Sabtu baru kami bertolak ke sana untuk menghadiri kenduri sebelah rumah perempuan pada 18th December and keesokan harinya 19th December di rumah pihak lelaki. . Ini dia pengantin baru. Bagai pinang di belah dua. Yang lelaki tu anak buah aku and perempuan tu menantu baru aku...hehehehe..... Ini gambar atas pelamin di rumah pihak perempua...
- Get link
- X
- Other Apps
Beli Buku Lagi Semalam singgah The Curve and masuk di kedai Boarders beli buku. Aku beli 4 untuk aku dan dua untuk wife aku. Buku untuk wife aku buku Melayu. Dan kalau buku Melayu semestinya cerita cinta. memang senang nak buat cerita cinta sebab tak perlu buat banyak study and mainkan dengan perasaan aje. Buat masa ni aku rasa tak baca lagi kot sebab banyak masa ke lain dulu. nanti bila aku dah balik sana baru mula nak baca. Semestinya buku buku ni akan membuatkan aku terperap di dalam bilik pada jangka masa yang lama. Tetapi cita cita aku tu masih lagi kuat tersemai walaupun aku tak mula mula lagi....hehehehhe. Jangan aku menjadi angan angan Mat Jenin dah la.......
- Get link
- X
- Other Apps
My Next Projects Inilah empat buah buku yang aku baru ode untuk kegiatan aku yang seterusnya di sana nanti. Hajat dan cita cita beso. Tercapai ke tidak entahlah. Tapi aku ni jenis kuat semangat tak apa....insyallah ok. Tapi taklah semua tuh... Untuk Ribbon embroidery tu wife aku siap suruh jar dia. Ni satu lagi hal nak kena cari masa untuk ajar dia. Tadi baru suruh Ubai pergi beli jarum special kat kedai hubby and wool. Ubai siap call lagi semasa aku dok asyik tido Lastly dia suruh aku cakap sendiri dengan Jenny takut tersilap beli. Oklah no hal. Aku cakap kat Jenny ambil untuk smaller and bigger ribbon udah la. Next week aku nak ke kedai cari ribbon untuk first lesson for my wife. Korang nak tau, sebeno nye aku pun tak pernah buat....tapi kalau dah gifted, apa aje boleh di lakukan....hehehehe...sorry ye aku terkembang sendiri.