Barong Dance

Watak watak jahat ni selalunya bengis. Kalau bawa anak kecil aku rasa mesti takut dan menjerit. Sesiapa nak menonton eloklah tinggalkan anak kecil kat pak guard kat luar...hehehe

Ini semestinya watak penjahat.

Aku memang suka lihat tarian ni. Bila dia goyang kepala tu yang best. Sampai sekarang aku tak tahu bagaimana nak goyang kepala macam tu walau dah berkali kali mencuba..hehehehehe

Aku kagum melihat design watakni. Aku pun kagum dengan penari tersebut. Bukannya ringan benda alah ni. mahu sakit bahu dan lengoh pinggang.

Inilah dia pentas para permuzik gamelan. Berbeza sekali pakaian mereka kalau nak di banding kan dengan philharmonic.


Kalau anda ke Bali rasa tak sah kalau tak menonton Barong Dance. Barong Dance ini adalah drama tari yang menyampaikan message yang tersendiri. Conclusion nya adalah the Good wins over the Evil. Biasalah cerita cerita di dalam kepercayaan mereka. Ini adalah kali kedua aku menonton. Kalau ikutkan hati dah malas nak menonton tapi nak beri peluang pada anak anak aku dan nak mengambil gambar gambar kami menonton juga. Tiketnya berharga Rp80,000 bersamaan RM24. Kira dewan teater tu memang penuh sesak dengan tourist la.
.
Aku cuba untuk menonton Kechak Dance pula tapi anak anak aku tak mahu. Aku terpaksa cancel sahaja. lagipun is di adakan pada malam hari. Nak menonton apa kalau badan dah penat dan perut dah lapar. Kalau di lihat dan di amati budaya mereka memang kuat dan dijaga dengan rapi. Kalau nak lihsat lagi tarian ni aku rasa aku tak akan jemu.

Comments

Popular posts from this blog