Hunting for Kemboja

Itu dia ibu yang menjual kemboja pada aku. Harganya tak mahal. Semua sekali baru RM10. Tapi nak hidup tu aku serah pada Allah. Lepas ni aku nak pi tanam. Tengah jaws ni...

Ni anak teruna aku merangkap kami punya photographer. Dia baru berusia 14 tahun

Bergambar dengan anak anak dara aku. Yang hairan tu tak seorang anak anak aku menunjuk minat untuk mewarisi hobi hobi aku. Tak habis habis dengan internet n facebook.

Mamat ni sedang bertungkus lumus membungkus batang batang kemboja yang aku beli.

Minat aku pada pohon kemboja memang tak dapat di nafikan. Aku sudah mempunyak 5 warna koleksi pohon tersebut. Kalaulah aku ada garden yang luas pasti aku akan tambahkan lagi koleksi pohon pohon ini. Dulu aku pernah bawa pohon kemboja berbunga kuning dari Bali dan sehingga sekarang tumbuh segar mekar di depan pintu gerbang rumah aku. Bila bunga penuh, baunya harum semerbak.
.
Baru baru ni semasa ke sana aku tak serik mencari pohon kemboja yang berlainan ronanya. Akhirnya dapat juga aku memiliki batangnya yang berwarna merah cili padi, merah maroon and heavy pink with strike of yellow. Hari ini aku akan tanam sebab semalam dah penat aku beli tanah di Sungai Buluh. Harap harap nanti tumbuhlah dengan segar dengan izin Allah. Che Mat, kalau kau nak tunggulah dia besar dengan segarnya untuk ko tanam di rumah ko...hehehehe.
.
Tapi aku rasa kalau ke Thailand mesti ada berbagai bagai spesis yang lain. Buat masa ni memang aku tak sempat nak mencari. For next home leave aku akan ke sana for few days and aku akan visit pula nursery garden untuk hunting for new kemboja.

Comments

Popular posts from this blog