Anak Dara Aku Dapat 8As

Parents pun turut meraikan kejayaan anak masing masing


Wajah wajah riang dan ceria selepas menerima result.


Tahun depan tingkatan empat bukan tahun honeymoon ye...... Kena belajar bersungguh sungguh dari awal.

Para ibubapa kusyuk mendengar ucapan guru besar sebelum result di umumkan

Semalam aku teramat mengantuk selepas bangun pagi sebab sampai rumah dari LCCT dah dekat pukul 3 pagi. Tapi aku tetap mersengkang mata sebab ada dua perkara yang aku nak bereskan. Pertama pengantin baru ada di rumah and dah nak balik lepas breakfast. Keduanya aku nak pergi ambil result anak aku.
.
Anak aku macam biasalah kecut perut nak ambil result. Alah PMR biasalah kan. Ba dulu selamba je ambil result. Tok and Wan tak pernah angkat pot pun result kita orang. Selepas nak buah aku pulang aku terus ajak anak dara aku siap untuk ambil result.
.
Tiba aje di sekolah kereta parents dah penuh . Aku pun terus masuk mencelah ke tepi. Dengarnya seramai 132 dapat 8As and the remaining 14 tak dapat. Yelah sekolah bagus mesti result baguskan. Kiranya 90++% pada tahun ini keputusan yang memberangsangkan dan merupakan rekod sekolah. Mungkin sebagai sekolah terbaik di Malaysia berdasarkan pencapaian result tersebut.
.
Masuk dalam dewan Guru Besar sedang memberitahu analisis result secara terperinci. Aku cuma duduk di belakang memerhati gelagat bebudak remaja ni. Selesai aje ucapan mereka pun terus mengambil result mengikut kelas mereka. Finally anak aku datang kepada aku dengan wajah riang and senyum simpul sambil ternampak gigi dia yang secupak tu.......berlari meluru terus memeluk aku tanda gembira. Aku ???? Mestilah turut gembira dengan kejayaan dia. Aku tak ada janji apa apa hadiah sebab dah kasi banyak hadiah sebelum result lagi.
.
Aku beri tahu pada anak aku, result PMR baru separuh perjalanan and yang paling penting SPM nanti. Tahun depan bukan tahun honeymoon. Kena terus belajar bersungguh sungguh dari mula masuk kelas. Kena beri fokus and tumpuan yang betul. Satu lagi tiada lagi cintan cintan ye........

Comments

Popular posts from this blog