A Trip To Istanbul


Hari Khamis pagi aku belah dari site nak ke Ashgabat. Flight pukul 10.45 pagi and hopefully aku tiba di Ashgabat pada pukul 11.45. Tiba saja Murad sudah setia menanti aku. Rasa best sangat sebab driver manjadi milik aku seorang. Tak payah nak rebut rebut and bebas nak ke mana mana. Perut rasa dah sangat lapar. Lagi pun masa breakfast makan ala kadar sebab dah tak ada selera nak makan. Maklumlah orang nak bercuti panjang. Aku terus ajak Murad ke Mil Bazar untuk lunch and lepas tu baru nak balik ke Staff House.
.
Aku singgah juga sekejap di Yimpas untuk beli bekalan makan. Jam 7.30 Murad semula untuk dinner and kami ke Turkish restoran. Makan biasa saja and harga ok. Environment pun kira ok. Lepas tu aku balik and pesan pada murad untuk datang ambil aku jam 3 pagi untuk ke Airport. 2.30 aku dah bangun and siapkan diri. Barang dah kemas awal. Aku bangun, rupanya Yus and Haji Din sedang berdebgkur dalam bilik. Oh ya...depa tiba lewat semalam dan masa tu aku dah nyenyak tidur awal.
.
Di airport orang tak berapa ramai. nak check in tak tension sebab aku naik Turkish Airline. Orang pun tak lah ramai sangat. Yang pelik tu kalau nak ke Istanbul dapat pula luggage max 40 kilo. Ah tak kisahlah sebab beg aku ada baki lagi 10 kg untuk shoping shopping. Perjalanan cuma 3.50 minit. Tetapi perjalanan menjadi sehingga 7 jam untuk sampai ke Istanbul. Rupanya cuaca di Istanbul tak baik terpaksa divert ke Ankara. Sampai sanan bukan boleh keluar airport pun dan terperangkap dalam pesawat sehingga satu jam. Memang rasa merana and jadual shopping aku terpaksa di atur semula dan membuatkan aku tak cukup masa. Di congak balik aku kerugian selama 5 jam.
.
Aku naik train aje ke hotel and turun di Sultan Ahmet. Jalan kaki aje ke hotel sebab dekat. Ingatkan orang tak ramai' rupanya bersesak juga dalam train. Kalau aku tahu baik aku naik teksi walau aku kena bayo USD40. Lepas tu hujan renyai renyai and membuatkan aku basah. Mujurlah tak kuyup and masuk hotel terus mandi and teruskan agenda utama. Kerana time terlalu tight and hujan' tak dapatlah aku nak cari Tshirt yang murah murah dan blazer idaman aku tuh.
.
Besok tu aku akan berlepas pada pukul 3 ptg. Aku dah tempah shuttle bus pada pukul 10.40 pagi. pagi tu aku gagah juga keluar untuk habiskan Lira aku. Angin kuat dan rupanya it was snowing. Ini mesti effect dari cuaca dingin di Western Europe. Pakai payung pun dah tak bermakna lagi sebab angin makin kuat. Muka aku rasa kecut semacam sebab dibasahi oleh hujan dan ais yang jatuh dari langit. Aku rasa lebih bak aku balik ke hotel dan teru packing. Aku cuba check kat counter hotel, rupanya Nizam dan Abe dah sampai di sini. Aku ucapkan pada mereka selamat bercuti....... Sebenarnya tak puas aku di sini. Next time kalau datang kena datang dengan kepala business untuk bawa barang dan jual..... siapa aku nak contact ye?????

Comments

Popular posts from this blog