Penangan Facebook
Aku tahu lately ramai sangat manusia yang gila dengan Facebook. Tak kiralah samaada tua atau muda. Aku ada juga tapi setakat ada but tak active. Aku lebih suka bercerita di dalam blog aku. Sekali sekala aku dapat message dari member member lama yang dah lama tak jumpa. Kadang aku tak sempat nak balas sebab tenet kat sini slow cam siput. Aku rasa ada juga kebaikan dia. Tapi Facebook ini akan menjadi satu alat yang mencabar kalau manusia abusekan nya. . Aku balik baru ni, anak anak aku memang engross dengan Facebook. Anak aku Ikhlas yang baru darjah tiga dah pandai berfacebook. No wonder bila aku panggil anak anak aku susah betul mereka nak menyahut dan aku rasa sakit hati sangat. Ingatkan mereka tidur tapi dok asyik kusyuk dengan facebook. Apa yang mereka tulis pun aku tak tahu. . Finally aku login and masuk dalam laman facebook anak anak aku. Aku cek satu satu apa yang ada dalam tu. Kebanyakannya mereka chat dengan member member mereka yang entah datang dari mana. Aku belek punya belek baru aku tahu apsal mereka susah sangat nak bangun pagi. Rupanya mereka chat sampai pukul 2.00 pagi. No wonder susah bangun pagi. Satu hari tu sedang anak dara aku sibuk chat dengan kawan dia aku pun masuk dalam komen tu aku tulis,' Dei...dah tak ingat nak tido ke?' Lepas tu aku tulis lagi,' Dei ..... esok mau bangun awal tau.' Lepas tu anak dara aku terperasan yang aku dah kacau depa dok chat. . Unuk parents semua, kenalah control aciviti anak anak kat rumah terutamanya penggunaan internet. Aku rasa facebook ni merenggangkan hubungan keluarga. Kita dah la balik sekali sekala, tapi bila anak anak semua dok kat bilik dengan facebook tinggal lah kia berdua dengan wife kat ruang tamu. Di rumah aku ada 5 notebooks. Jadi apa aku buat, aku offkan line internet. Baru padan muka. Dulu depa dok gila berSMS. Kadang kia ingatkan depa tido tapi depa dok berSMS dalam selimut. Jadi parents pada zaman sekarang ni memang mencabar. Sayang anak memanglah tapi kena control and tarbiah anak anak. Yang lucu tu, wife aku pun ada facebook. Itu pun anak anak aku yang create untuk dia. Aku check kosong aje dalam tu......
Comments
(Sighhh...)