
Petronas Intergrated Sports Carnival, Kiyanly . Semalam 28th June adalah hari terakhir sports carnival yang di adakan selama tiga bulan. Lamanya lebih dari sukan Olimpik. Lega rasanya dah selesai dan semalam lepas saja upacara penyampaian hadiah aku terus tidur dan sedar sedar dah pukul lapan petang. Cuaca agak panas pada sebelah pagi dan redup sedikit pada waktu petang. Agak pukul 7.00 pagi aku keluar untuk bergambar dan terserempak dengan Malik. Aku ajak dia ambil gambar dan suruh dia jadi model di sebelah banner tu. Kalau nak sewa Malik untuk jadi model pakaian kanak kanak ok lah. Bob orang kuat di kem kit sibuk memberi topi pada setiap peserta mengikut warna rumah masiang masing. Aku dapat satu warna biru. Semalam selepas menang bermain table tennis topi aku dah tak ada. Mana aku letak entah lah. Bob pun main table tennis untuk mixed double. Tapi dia teruk di kerjakan oleh pasukan rumah kuning. Berbaris untuk merasmikan upacara sukan oleh encik Halim dari Petronas Ashgabat. Mereka ...