Mari Belajar Russian
Sapa kata Pokku tak pandai bergaya

Di sini bahasa İnggeris tak laku. Mereka tak akan faham. Ada juga yang belajar sendiri untuk cari kerja di sini. Tapi majoritinya tak faham bahasa İnggeris. Kadang tu terpaksa pakai isyarat tangan. Tapi keseluruhannya pandai cakap Russian. Aku dah beberapa bulan di sini masih kaku lagi dengan bahasa Russian. Kalau di hitung dengan jadi boleh lah agak dalam 10 patah perkataan. Nak tau dari sapa aku belajar Russian kalau bukan dari Pokku. Tapi bahasa Russian Pokku ni ala ala Kelate gitu. Nahu dan rythm memang klate. So aku pun terikut lah dengan Russian yang di Kelate kan oleh Pokku. Dulu masa Rosli ada di sini, Russian di Ganu kan. Kalau orang kata 'Patom' yang maksud ' selepas ini'....tapi bila dapat kat orang Ganu dia jadi bunyi 'patong'....so aku dapat pronounciation yang salah.
.
Bila balik saja Malaysia last May aku beli buku phrasebook Russian. Masa tu semangat berkobar kobar nak belajar. Sampai saja di sini terus tak terbelajar. Sekarang au dah nekad untuk bawa dictionary ini kemana sahaja. Al least aku boleh cakap russian dgn local. So nak tanya apa saja aku buka phrasebook ni. Mana tau dengan semangat aku yang makin membara bolehlah aku master bahasa Russian.
.
Ada satu ketika aku dan Pokku dok cari kucing Zara aku yang hilang. Bila sampai saja dekat guard, pokku terus kata, 'Sumatri meow meow.... ' aku pun tanya apa tu sumatri tu. Pokku kata maksudnya 'lihat'. So aku dah dapat perkataan kedua selain spaciba yang bermaksud terima kasih. Sejak sibuk ke site untuk inspection everyday aku dah dapat beberapa perkataan baru. Di sini tak boleh pandu kereta sendiri. Kena pakai driver. Naik saja kereta kita cakap OGT. Bila masuk aje site.....Pokku pun mulalah bagi arahan pada driver seperti ini.......
.
'Priama'............... selang beberapa meter pula........'Naprava'...............lepas tu agak beberapa minit kereta bergerak.........' Nalewa'..... tetiba aje keluar pula perkataan 'Nazar'. Pada mulanya aku tak adalah beri perhatian sangat sebab couldn't be bother. Lama lama terfikir pulak apa benda alah yang pokku kata ni. Tapi aku dapat agak bahawa semua perkataan tu ada lah instruction for direction. Rupa rupanya 'priama tu adalah terus ke depan'......'naprava adalah kanan'...... 'nalewa adalah kiri' dan 'nazar adalah undur ke belakang'. Sekarang aku dah mahirlah skit. Bila aku dengar aje setiap kali Pokku bagi arahan Russian ala Klate aku tersenyum seorang diri.
.
Sebenarnya aku tk pernah cerita pasai kerja aku di sini sebab aku cuba jauhkan bab kerja pada waktu luar kerja. Bagi aku dah cukup masa untuk pening di ofis. Lepas kerja eloklah tutup rapat bab bab kerja dalam kepala otak ni. Pokku ni macam inspector gudjet la. Semua alat alat ada di keliling pinggang dia. Dari measuring tape sampailah ke smallest device yang lain. Keje dengan orang sini dan turki kalau nak cerita panjang berjela. Kalau ada masa boleh cerita nanti. Tapi yang pastinya berbuih mulut cakap tak pahe pahe. Nak kata bodoh marah. Nak kata cerdik tak jugak. Bodoh sombaong lah kiranya. Tadi au komen kat CM JV. Aku kata kesian pokku tu. Jenuh cakap pada subcontractor sebab tak cukup manpower. Lastly aku kata eloklah pasang tape recorder aje masa kat site. Tak payah cakap lagi dgn ulang kali. Rewind tape dan bagi dia dengan. Sebab itu lah benda yang di komen setiap hari. Tak reti reti........

Comments

Popular posts from this blog