Mari Kita Fikirkan Bersama
Masa berlalu begitu pantas. Pejam celik pejam celik umur sudah meningkat satu tahun. Maksudnya hidup ini makin kepenghujung. Usahalah bagaimana pun tiada sesiapa pun yang dapat menafikan realiti ini yang sebegitu pasti. Kemanakah kita selepas ini? İnilah persoalan yang sebenar yang perlu kita fikirkan pada setiap detik selagi jantung ini berdenyut. Apakah sudah ada bekalan yang secukupnya untuk kita teruskan pengembaraan yang baru. Orang alim beritahu hıdup ini adalah satu perjalanan yang sangat jauh seperti kita sedang berada di sebuah bahtera. Sekiranya nakhoda kapl berhenti di sebuah pulau untuk mencari bekalan makanan untuk perjalanan yang jauh ini, maka semestiya di manafaatkan waktu ini untuk mencari bekalan makanan yang secukupnya semasa di pelayaran seterusnya. Mereka yang asyik dengan keindahan pulau ini mestinya akan rugi dan kebuluran.
.
Kadang kadang diri ini alpa untuk muhasabah. Apakah dosa yang di buat hari ini sudah di tebus? Adakah sembahyang semakin berkualiti. Adakah Quran sudah di baca dengan istiqamah setiap hari. Bagaimana pula dengan hubungan sesama makluk. Adakah kita mneyakitkan hati sı fulan hari ini. Adakah kita rasa selesa dengan amalan yang di lakukan pada hari ini. Apakah iman semakin meningkat setiap hari. Adakah taqwa semakin berkesan pada diri. Sememangnya perkara perkara inilah yang perlu di beratkan pada setiap waktu. Menjadi seorang yang pemaaf atas kesalahan orang terhadap diri sendiri pun boleh menjadi ahli syurga. Apatah lagi hidup dengan penuh ketaatan.
.
Sebenarnya manusia menjadikan diri mereka comfius dengan kenikmatan akhirat dan godaan dunia dı sebabkan cinta kepada dunia yang teramat hebat. Berkorban seluruh jiwa raga terhadap nikmat dunia melebihi segalanya. Kita telah letakkan diri sendiri di landasan yang salah. Jawapan sudah ada di depan mata cuma carilah kekuatan untuk mengamalkan nya.

Comments

Popular posts from this blog