Another Friend of Mine
Ini member aku. Nama dia Zinyaddin Aliyev. Sekarang dia pun ada di site sebagai civil site engineer. Dia banyak berkomunikasi dengan aku. Ok kita tinggal kan dulu bab bab kerja ni. Semestinya bukan tabiat aku untuk bincang atau berbicara hal hal ofis apabila waktu makan dan waktu waktu rehat terutama sekali week end. Cukuplah selama 40 jam lebi untuk peningkan kepala .
.
Sekarang ni demam Euro 2008. Dia lah yang menjadi penonton setia. Aku pun sama juga tapı kalau perlawanan berlanjutan sampai pukul 2.00 aku surrender la. Tapi semalam bila Russia lawan Belanda aku celikkan mata aku sampai tamat perlawanan. Maklumlah besoknya cuti...week end. Aku rasa dia lah yang paling gembira bila Russia menang 3-1 pada masa tambahan. Dia lah orang yang paling kuat bersorak dengan bersemangat. Setiap kali dia bersorak aku yang ketawa. Dua hari lepas semasa Turki lawan Croatia aku pun bersama menonton. Aku lihat sehıngga separuh masa pertama tamat sebab mata dah longlai. Lagi pun permainan pun nampak boring semacam. Besoknya dia datang ke bilik aku di ofis beritahu Turki menang penanti shoot out. Turki menang. Dan dia memang seronok. Rupanya dia tercegat di TV sehingga tamat perlawanan bersama denagn Puad. Dia sokong Turki sebab katanya dia sebagai rakyat Azerbaijan memang rapat dengan Turki dan mereka memiliki bahasa yang sama.
.
Selepas sembahyang maghrib selalunya aku ajak Pokku minum di cafeteria dan Dia memang dah setia menunggu untuk melihat rancangan TV Azerbaijan. TV siaran Malaysia memang tak ada. Kalau aku selalunya nengok TV Aljazera sahaja. Kalau nak tahu berita Malaysia nengok internet sahaja. Itu pun dah cukup bagus. Bila dah duduk bersama dia sambil menonton TV, aku banyak ajukan tentang zaman komunis Soviet. Banyak cerita yang dia dedahkan yang sememangnya kita tidak tahu. Setelah banyak soalan soalan yang aku ajukan ıtu aku pun bertanya dia ...' Mahukah kamu kembali ke zaman komunis silam?' Dia jawap semestinya tidak.
.
Itulah orang kata banyak jalan banyak pengalaman dan banyak kawan banyak ragamnya.
Comments