Rindu Serindu Rindunya

Pagi tadi tiba tiba talipon berdering. Satu...dua....tiga....deringan berterusan aku terus bangun dan capai talıpon. Berat benar aku nak jawap talipon. Aku terfikir ini tak lain mesti wife aku yang talipon. Jarang sangat dia talipon aku. Perasaan risau ada, cemas pun ada di dalam fikiran aku. Selalunya aku yang membuat panggilan dan wife aku tak akan talipon aku kalau tak ada hal yang teramat penting. ' Hello...Assalamualaikum sapa tu?' Aku terus bertanya. Bila aku dengar sahaja suara terus aku dapat agak ini mesti anak aku İkhlas. Terus dia tanya aku ' Ba buat apa?'. Aku beritahu aku sebenarnya masih tidur dan mata aku amat berat untuk celik sebab aku tidor pukul 12.30 malam sebab ada hal yang aku perlu bereskan di dalam bilik aku.
.
'Ye Lash....Lash sihat ke?'
'Apa cerita Lash nak habaq?'
.
Aku dapat rasakan apa perasaan dia di waktu itu. Pastinya dia merindui aku teramat sangat. Aku cuba layan sebaiknya. Aku lihat jam di tangan rupanya sudah pukul 4.30 pagi dan waktu subuh sudah hampir.
.
Tiba tiba dia tanya aku satu soalan yang aku agak melucukan.
'Ba...Ba ada baby ye.......'
Aku pun keliru. Datang dari mana pulak cerita baby tu. Rupa rupa baru aku teringat mungkin kucing aku kot.
' Tak lah...mana ada baby. Itu Kucing Ba la dua ekor BoBo dan Romario'
'Ooooooo'
Kemudian aku pun terus beritahu dia supaya siap untuk ke sekolah dan nanti pagi dan petang aku akan talipon semula.
.
Hari ini aku sangat sibuk di ofis. Banyak isu yang aku perlu bereskan. Mana nak chek segala documents. Mana nak check kontrak dan mana nak pegi sıte buat inspection. Sejak dua hari lepas aku rasa kepala biol semacam aje. Member ajak untuk pergi meeting pasal sports day sabtu ni pun aku dah tak sempat. Pegi site pulak macam macam hal. Darah memang dah sentiasa naik upstairs. Tension...erghhhhhhh. Lepas tu pulak semua nak kena chek supaya semua problems already settled. Nak kena tego selalu.......kalau macam tu teruk la...sekali sekala kena jugak jerit.....
.
Tetiba wife aku call semasa ada discussion. wife aku kata Ikhlas nak cakap dan dia marah benar sebab dial no aku tak ada orang angkat dan kadang tak dapat. Aku kata nanti aku call balik.
Petang tu aku call balik dan cakap dengan ikhlas. Aku tanya hal sekolah dia dan bermacam macam lagi. Dia pun dah tahu yang aku akan balik pada Ramadhan yang akan datang tetapi dia tak dapat agak berapa lama lagi akan tiba Ramadhan. Tetiba dia bagitahu aku, 'Ba.... no talipon Ba 86...91...80.....9.....0. kan'. Aku pun terperanjat bagaimana dia dapat hafal no tersebut. Lain kali kalau talipon aku berdering pada odd hours mesti İkhlas yang talipon.
.
Sebenarnya aku pun merindui kamu semua. Terimalah cıuman sayang dari Ba yang jauh....muuaaaaahhhhhhhhh.

Comments

Popular posts from this blog