BoB's Birthday Party
.
Semalam Bob kata dia nak belanja kami semua pergi Danish Cafe untuk makan makan. Aku tanya ada azam apa apa ke atau dah nak bertunang. Dia kata tak adelah. So aku asak lagi soalan untuk dia. Akhirnya dia beritahu nak buat majlis hari jadi. Hehehe..... kebetulan pada hari ini adalah harijadi aku dan coincident dengan hari Bapa. Aku pun ıngat pagi tadi keluar bazar nak beli cake untuk bebudak ni makan. Since Bob nak buat makan makan jadi why not aku beli cake masa makan makan tu. Kira rai birthday sesama la....
Inilah cake yang dibeli tu. Lilin ada tiga batang saje sebab di hujung umur tu dah ada no 3. Jadi elok sangatlah. Tapi bukan nya umur lima tahun tau. Cake nı adalay layered cake dgn peanut cream di tengah. Di bahagian atas di hias dengan chocolate paste and di hiasi bersama bunga dari butter cream kalau tak silap aku. Dulu wife aku kata nak pegi belajar icing cake. Sampai sekarang tak tercapai lagi niat dia tu. Tapi untuk aku rasanya tak berlu belajar sebab aku ni cukup creatif untuk mencipta sesuatu. Orang kata tangan menjadi....hehehehehe...jangan marah terperasan skit.
Itu Bob sebelah aku. Dulu tertanya tanya jugaak apasal orang gemuk di panggil 'BoB'. So Debab beritahu bahawa 'Bob' tu maknanya adalah 'Badan Orang Besar'. Ooooo....logik jugalah......Aku ajak Bob tiup lilin sesama tapi dia malu malu kucing siam....... alahai jadi bday boy pun perlu malu malu ke.... Yang tiga dalam gambar tu semua masih bujang bujang, bila nak nikah entahlah tapi depa ni dah kaya kaya.
Ni baru lepas menjamu selera. Main order sendiri. Tak apa Bob bayo. Dia dah jadi salah satu Bujang yang terkaya di Asia Tenggara. Murah rezeki kau Bob semoga kau di panjang kan umur dan di jodohkan dengan gadis secantik Aishwarya Rai. Rosdi tu bila pulak nak buat kenduri???? No wonder selalu datang ke Danis Cafe.
Akulah yang tolong potongkan cake tu dan bahagikan kepada semua member member yang hadir. Beso sangat cake tu tak habis nak makan.
Dah jadi Bday Boy tak kan masih sibuk dok telipon. Aik Rusdi..... apasal sejak dua menjak ni ko asyık nak dok dekat Tuah aje.......Jangan dok tenung tenung lama lama tu.....Salleh pun sama asyik dok tenung si Tuah tu. Pesanan untuk Tuah; Lain kali ko jangan lagi pakai baju melayu color pink tu...... kan dah jadi haru...... Kalau si Fazis nengok mesti jeles.

Comments

Anonymous said…
Hepi besday to abuikhlas n bob... oh, ini lah bob nyer (i happened to know- hint: money changer haha ha)...

cantiknyer danish cafe tuh...and the cake looked marvellous - hope it taste even better that it looks (ye lah, peanut butter kan sedap), sini tak penah jumpa pun kek peanut butter nie...

siapa girl yg pakai tudung putih tu, wife org ke staff bujang (hint: i kan may want to opt for double occupant instead of single occupant)

J
Mohamad said…
Happy Birthday Che Not. Moga Panajang Umur Murah Rezeki. Hai meriah nampak celebration tu.
Abu Ikhlas said…
J, thanks. dah tua rasanya. kafe ni lah satu satunya yg kami pegı kalau nak ubah selera...bıasa aje....Gadis bertudung tu wıfe azam

mohd
tıma kasıh pejam celık pejam celik dah makin tua no

Popular posts from this blog