Gadis - Gadis Turk
.
Member member aku selalu komen bila visit blog aku, apasal tak ada gambar awek awek sini. Aku tak tu nak jawap apa apa. Tapi aku selalu jawap jangan cari pasal nanti orang fitnah pulak. Duduk sini un benda benda simple cam ni memang senang orang nak fitnah. Dengan cleaner pun orang leh fitnah kata ada scandal. Benda benda scandal ni pulak kalau nak buat bukannya susah. Senang aje. Tapi aku selalu pesan pandai pandai lah jaga diri sebab semua dah beso dan bapa budak. Tapi hari ini aku ambil gambar mereka sebab ada karnival sukan. Jadi kalau nak ambil pun tak jadi masalah sebab ramai orang. Lagi pun bukan mudah nak ambil gambar dia orang ni. Ada yang boleh beri kerjaama dan ada yang refuse. Atas sebab apa pun aku tak pasti tapi yang pasti orang sini memang jaga anak anak dara mereka dari orang orang luar.
.
Orang Turk ni terdiri dari berbagai bagai keturunan dan campuran. Semuanya terjadi di sebab kan oleh pemerintahan Soviet Union. Ada yang berasal dari Kazakhtan. Mereka ini wajah ala ala Altanthuya yang dibunuh penuh kontrovesi tu. Ada yang berasal dari Azerbaijan. Wajah mereka ini mirip kepada bangsa Turki dan Iran. Ada yang berasal dari Uzbek dan mereka ini seakan sama dengan wajah orang Turk dan akhirnya wajah wajah Russian ala ala Maria Sharapova malah lebih jelita dari itu.
.
Kalau nak nikah dengan orang orang di sini tak menjadi masalah sangat. Tapi mereka mereka ini perlu di didik agama dengan sebaiknya. Ramai yang tak tahu sembahyang dan ada yang tak pernah sembahyang seumur hidup. Kesannya sangat hebat keatas hakisan iman sejak pemerintahan Soviet. Aku rasa kalau di ajar dan di didik dengan sebaiknya pasti mereka akan menjadi seorang muslimah yang sejati. Mereka mereka ini perlukan bimbingan. So orang ujang di sini kalau ada kekuatan ambil lah satu. Orang yang dah berkeluarga apa salahnya untuk menjadikan mereka isteri yang bernombor. Kalau para isteri isteri di malaysia yang baca sedikit sebanyak tulisan aku ni, mesti dengan rela hati membenarkan suami mereka di sini untuk tambah cawangan....heheheheheh. Barulah dapat payung emas di surga........besar ganjaran tu....
Yang tengah tu nama dia Juita dan sebelah kanan tu Najima. makcik tu aku tak kenal nama dia. Makcik tu adalah assistant chef di kitchen manakala Najima dan Juita adalah waitresses kita yang melayan kami semasa lunch. Nak suruh tuang air ke...nak suruh buat kopi atau teh ke...nak suruh sudukan lauk ke...dan banyak lagilah tugas dia. Pendek kata apa apa pun boleh suruh. Kalau aku dok makan selalu dia tanya aku nak teh atau kopi...Aku selalu jawap tak payah la...water pun dah cukup. Sifat lemah lembut mereka memang respect la... Tapi bila lepas aje tugas dan siap nak balik aje nampak mereka pun dah tak kenal dengan dressing yang moden moden.....macammm modellllll......
İni Lachin. dia kira macam secretary NULee la. Mungkin NU tak berapa kisah sapa sec dia. Kalau orang lain dah lama cari yang lebih cun walau tak tahu bekerja. Aku selalu suka menyakat Lachin ni. Yelah orang berbadan besar ni selalu nya humble dan baik hati
Yang sebelah kiri sekali Azizah. Dia pembantu pejabat. Muda lagi. Ada juga bebudak Malaysia ni kalau balik kampung beli pakaian Malaysia pada mereka. Dulu aku ingat nak beli baju kurung untuk mereka pakai. Elok sangatlah pada waktu panas begini. Tutup juga aurat dan kurang dosa kami di sini. Kalau dasyat lagi sampai nampak pusat islam. Sebelah dia adalah Pyusta. Dia bagus kerja. Tak banyak songel dan bila suruh apa pun dia buat. Sebelah dia tu adalah Sarah dan Gulindam.
Inilah Yelena yang dulunya my tea lady. Tiap pagi di akan ketuk pintu opis aku asking me for tea or coffee. dia dah tau apa yang aku hendak. Di waktu lapang dia akan belajar bahasa İnggeris. Sekarang dia dah di promote jadi office assistant dan tak buat tea dan coffee lagi. Dia ni bapa dah tak ada sejak dari umo 4 tahun. Sedih pulak aku dengar. Dulu masa Lan dan Shakir datang sini selalu aku usik depa. Sesaja aje aku ketuk pintu bilik mereka dan tanya tea or coffee seperti yang Yelena buat. Sejak dia jadi opis assisstant ni dah tak ramai orang minum tea dan coffee dan budget pun dah lapang skit.

İni lah dia Albina yang beri aku kucing yang bernama Zara. Malangnya dah hilang entah kemana. Dia ni memang cute dan aku selalu canon kan dia dengan Shah Rizal. Padanlah kira tuh dan baik baik budak budak ni. Inilah serba ringkas cerita pasal gadis gadis Turk ni. So sapa nak apply keje kat sini eloklah baca blog aku selalu. Duit pun dapat dan di akhir projek kalau di izin allah boleh bawa 'hadiah' istimewa dari Turkmenistan.

Comments

Anonymous said…
pak abu, isteri, ibu-ibu kat malaysia dah sepakat kata, tak payahlah susah-susah kejar payung emas, payung hitam yang ceti dok bawa pun tak terpakai pun, isteri sekarang nak ke mana pun paling koman bawa kancil, panas tak kena, hujan pun tak timpa. Kat syurga nanti tak panas, payung emas tak diperlukan. he, he...
Anonymous said…
he he he, i like the part di akhir projek, boleh bawa "hadiah" khas dari turkmenistan. but no, i think i will pass, thank you.
Abu Ikhlas said…
hehehe..
Zany.....belum cuba belum tahu....bukan setakat payung emas....kalau nasıb baik boleh dapat yg bergigi emas....hehehe

anonymous,

nak pass kat sapa tu??.........bawa balik la hadiah tu sebagai kenang kenangan dan boleh meringankan beban di dapur...
Anonymous said…
Seminar pengurusan kewangan dan hartanah

http://www.tiketbfc.com/ketammerah

Popular posts from this blog