Mandi Manda di Ulu Yam
Kesian bila aku lihat anak anak aku ni. Semua tanya bila Ba nak jalan jalan. Cuti agak lama tapi aku masih tak mampu untuk membawa mereka makan angin. Semuanya gara gara serangan edes yang menjadi jadi terhadap seluruh keluarga aku. Sampai sekarang anak aku Shamim masih lagi under monitoring. Esok wife aku akan bawa ia ke hospital Kuala Kubu untuk ambil darah dan kalau darah masih menurun pastinya di tahan di wad. Bila aku dengar berita ini dari wife aku, hati terasa sayu. Siapalah yang tak sayang anak and tambahan pula hidup di rantauan dan jauh dari keluarga. I need to be strong. Bila dengar berita kenaikan minyak terlampau rasanya macam malas balik ke Malaysia.
Macam biasa anak anak aku yang dah besar malas nak ikut. Cuma yang masih bersekolah rendah dan kecil. Yang besar dah malu dan tak enjoy untuk picnic atau mandi manda begini. Tak apalah at least aku dapat bawa mereka yang lain mandi. Kalau nak harap wife aku memang tak terbuat. Dengan anak kecil dan waktu yang terhad memang tak sempat. Sampai saja di sini aku lihat anak anak aku cerıa mengejar sungai. Apa lagi terus minta izin untuk mandi. Bila melihat mereka gembira aku pun turut gembira. Walau pun waktu cuti sekolah, tak lah ramai sangat orang di sşni. makan mudahlah untuk cari tempat yang baik baik. Aku biarkan mereka mandi selama mereka suka.

Sebenarnya memang hajat untuk bercuti jauh dari KL tapi apakan daya Allah tak izin. Mungkin pada cuti yang akan datang. Oleh kerana aku terpaksa anjakkan cuti aku untuk setel kan suasana dengi ni, maka raya nanti barulah aku balik bercuti. Aku harap bukan aku sahaja strong untuk menghadapi tetapi keluarga aku juga stronger dari aku.
Comments