Menjelang Summer
.
Summmer memang seronok. Tak perlu pakai pakaian yang tebal tebal. Tapi selalu kena jaga mata. Banyak sangat panahan syaıtan. Kalau berjaya tepis masih ada kalanya tak tertepis. Orang kata perisai kurang berkesan. Tati sesekali nak juga keluar untuk menikmati keindahan alam ciptaan tuhan. Barulah senang nak didik diri ini bahawa Allah maha berkuasa dan hebatnya kejadian Allah. Bila dah ingat macam ni barulah terasa ibadat dan amalan sangat ciput. barulah tersedar dan tersedak untuk tingkatkan amalan dan iman. Tambahan pula bila tinggal bersendirian di perantauan, jauh dari isteri dan anak anak yang tersayang, sahabat sahabat karib serta doa ibu yang tk pernah putus putus.
.
So semalam dan hari ini aku pun carilah gambar gambar yang menyejukkan hati aku. Aku ambil gambar bunga bunga yang kembang harum dan berwarna warni.
Bunga ni memang menarik. Nama apa aku kurang pasti tapi aku rasa seperti bunga bunga dari keluarga daisy
Jarang sekali aku dapat lihat dan pegang bunga pokok kaktus. Pada mulanya aku ingatkan ia adalah bunga paksu sahaja. Apabila di pegang dan di belek rupa rupanya ia adalah buanga ori.
Di sini bunga ros memang terdapat di mana mana. Bunga nya besar besar dan subur. Kalau di Malaysia bunga nya kecil ecil dan nak hidup pun susah. Orang selalu cakap pokok tu hidup segan mati tal mau. Tapi aku rasa sebenarnya tuan dia yang hidup segan mati tak mau sebab malas nak baja dan belai pokok ros tu. Sian pokok ros tu tuan yang malas dia yang di salahkan.
Cuba lihat buah plum ni...segar....waxy dan terliur untuk di makan. Hari ni aku bersiar siar di bazar sesaja nak nengok buah buah tempatan. Tapi yang malang tu apsal kat cafeteria aku tu buah dah lasu dan kecut. Nak makan pun tak berapa ada mood. Ni mesti nak jimat kan kos ni...mesti kena complaınt ni...mana leh kasi muka....
Segar sungguh buah apricot ni. Sedap dan yummy......... Buah ni lebih kurang buah peach dan plum la. Apasal lah chef aku tak creatıf skıt. Buatlah shake dengan buah buah ni. Blend semua buah tu......lepas tu masuk kan yogut dan gula skıt then terus blend bersam dengan ketul ais untuk dı jadikan shake. Mesti terangkat bila makan pada waktu panas sebegini.

Jangan salah anggap no.... aku bukan nak ambil gambar minah ni tapi aku nak ambil gambar buah cherry ni. Bila nampak warna kemerahan yang menarik dan waxy colour aku pun minta izin untk rrasa. Aku ambil sebiji dan letk kan dı lıdah rupa rupanya masam ya rabbi......kalau manis memang sedap. Bila nengok buah cherry ni teringat masa di Copenhagn dulu...Pak Pin suka sangat beli buah ni bila kami berhenti di statio Noropot pada waktu summer.

Comments

Anonymous said…
Pak abu, berjalan tempat orang ni bestkan kalau anak isteri, suami, mak bapa ikutkan. Kira ala-ala rombongan cik kiahlah gitu. Tapi tu la ada je halangankan.

Hah memang pun makin berumur ni makin jelas nampak keindahan alam ciptaan tuhan, rasa kecik je diri.
Anonymous said…
wallah wei, best nyer buah2 segar.. esp apricot tuh.. mana dtg buah2 nie ah, kan kat sana tanah mana ada sumber pertanian - ke ada?
Mohamad said…
amboi ambil gambar minah turks ye.. hai ingat2 la anak isteri kat kat malaysia.. tapi kalau dia nak ikut balik why not kan...
Abu Ikhlas said…
zany,
thanks kerana selalu bertangdang ke sını nantı saya bolehlah bertandang ke rumah zany

J
Buah tu local fruıt la. Sını jgn anggap koman...ok gak la

Mat
wei....setakat nı kita masih setia....kan aku dah cakap kat hang kan ...tiada lagi galang ganti

Popular posts from this blog