Kembali Menghitung Hari
Aku dah dua hari di Kiyanly. Tapi hari ini aku tak ke ofis sebab aku masih rasa tak sihat. Ialah demam sejak dari Malaysia lagi. Anak anak aku pun ramai yang demam lepas satu satu seperti yang aku coretkan pada blog yang lalu. Sekarang cuaca berbeza maka semakin sukar untuk demam aku pulih sebab aku memang sensitif dengan perubahan iklim. Lainlah kalau aku jadi macam ular ke, kura kura ke atau reptilia lain yang mudah adjust suhu badan dengan alam sekitar. Bangun pagi tadi aku rasa kepala au macam di space saja. Sesekali hidung aku rasa ketat dan susah nak bernafas. Hhhmmm.....aku rasa lebih baik aku rehat seluruh hari today moga moga besok pagi au dapat bangun dengan lebih segar. Mungkin demam rindu.......
Aku talipon wife aku seperti bıasa hari ini. Wife aku beritahu Ubai sudah sihat dan darah sudah bounce balik kepada normal. Lega rasa aku. Harap harap serangan denggi keatas keluarga aku akan tamat. Rupa rupanya anak au Shamim sudah mendapat demam denggi pula. Aku jadi bingung sebab seperti tiada kesudahan. Wife aku beritahu lagi dah e hospital Kuala Kubu untuk ambil darah yg keputusan positive pada denggi dan Dr beritahu untuk kembali semula pada 6hb. Harapan dan doa aku agar inilah serangan yang terakhir bagi keluarga aku. Aku doakan moga Ikhlas , Syahadah dan Yusuff sihat sesihatnya walaupun Yusuff masih lagi mengalami selsema.

Comments

Anonymous said…
pak abu, semoga semua ahli keluarga cepat sembuh. anak saya pun pernah kena denggi dan ada yang beri petua banyakkan minum 100 plus. InsyaAllah. Yang penting jangan dibiarkan di rumah sahaja.
Abu Ikhlas said…
zany,

thanks for your precious doa. Semua dah cuba dan ıkhtiar dan kepada Allah juga kita berserah akhirnya

Popular posts from this blog