The Linnet Bird - Linda Holeman 'India, 1839: Linny Gow, a respectable young wife and mother, settles down to write her life story. To outside appearances Linny is the perfect colonial wife: beautiful, gracious, subservient. But appearances can be very deceptive..... An unforgettble book, richly descriptive and mesmerising from the start, The Linnet Bird is the spellbinding tale of the journey of Linny Grow - child prostitute turned social climber turned colonial wife turned adventures. Frequently disturbing, often moving and always entralling, it is that rare thing: a story that will stay with you for ever.' . Alhamdulillah aku dah habis baca buku ni. Sepanjang trip ni sedar sedar aku dah habis baca lima buah buku. Average aku habiskan setiap buku selama 15 hari. Kira oklah kan. Sekarang aku dah mula baca buku yang baru. At least in the flight aku dapat katam buku tu walau aku doubt gile boleh selesai sebab tulisan dia mak datuk kecil beno. Aku memang enjoy baca buku fiction....
Posts
Showing posts from May, 2009
- Get link
- X
- Other Apps
Semoga Bonda Sihat Sejahtera Sejak dua tiga hari ni talian talipon memang bengong. After 7 pm aje mesti tak boleh nak call lagi. Talian terus engaga. Aku call wife aku beberapa kali tetapi tetap gagal. Aku pun dah give up. Aku selalu call wife pada tengahari lepas lunch and after about 7 pm waktu sini sebab masa tulah wife aku free dari urusan harian dan anak anak. Oleh kerana masih gagal untuk call wife aku, aku keluar dan borak dgn Shah and Pokku. Lepas tu aku kembali ke bilik. Selalunya aku akan biarkan computer aku on 24 jam. jadi YM tu memang nampak online. . Bila aku pulang ke bilik aku nampak ada message dari anak aku yang berbunyi, 'Ba, Tok Pah pengsan. Ambulance datang hantar ke hospital'. Berderau darah aku bila aku baca message tu. Aku pun terus jwap message anak aku tanyakan keadaan Bonda aku. Tapi anak aku kata belum dapat berita terkinai. Aku terus capai talipon dan cuba call wife aku lagi tapi tetap gagal. Hhhmmmm....... Aku cuba remain cool aje tapi dalam kepala...
- Get link
- X
- Other Apps
Sunflower Seed Aku rasa di sini orang yang kuat makan kuaci adalah aku dan Pokku. Kira bekalan kuaci tak pernah habis. Tapi kalau pertandingan makan kuaci selayaknya Pokku yang menang. Dia 24 jam akan bersama kuaci. Waktu tidur tak tau pulak dia gonyeh kuaci atau tidak. Aku makan kuaci masa menonton movie sahaja. Baru ada rasa feel dalam panggung wayang. Lately aku jarang beli local kuaci tapi aku selalu beli kuaci from Turkey yang dah pack cantik cantik tapi harganya lebih mahal. Kuaci dia memang sedap dan berkualiti. Dulu banyak orang local, kaum wanita jul kuaci di depan bazar. Tap sekarang sudah tiada sebab di larang oleh polis. Mungkin sampan kuaci tak terkawl lagi bila ramai orang asyik mengunyah kuaci dan kulit di buang merata rata. . Dalam gambar tu aku sedang menadah plastik sementara makcik tu menghitung bilangan cawan yang di sukat. Aku beli sepuluh manat aje tapi Pokku beli sampai 30 manat. Aku kalau beli yang local kuaci mesti mai kat makcik ni sebab kuaci dia besar besar.
- Get link
- X
- Other Apps
Bila Summer Menjelang Bila summer menjelang memang best. Terutamanya tak payah nak pakai baju baju yang tebal tebal. Bilik pun tak payah nak pasang heater lagi. Pasang aircon pulak. Bila ke bazar paling best bila jalan jalan kat psar sayuran dan buahan. Macam macam buah ada. Aprikot, peach, epal and paling best cute plum macam dalam gambar. Aku pun beli setengah kilo untuk makan dalam bilik. klau kat kantin asyik buah epal aje. Itu belum lagi tiba musim buah anggur. Masa tu lagi best. Insyaallah bulan depan jenuh la makan buah anggur pulak.
- Get link
- X
- Other Apps
Yakka Mesti korang tak tahu ap mksud 'Yakka' ni. Mesti korang tertanya tany apa benda ni. Ni bukan benda makan atau untuk di masak. Dan juga benda ni bukan untuk guna bawa kereta. Semua tekan korang tu salah. Yakka ni adalah emroidery tradisi orang sini untuk jadikan perhiasan pada baju. Ia di jahit pada bahagian leher sebagai awan larat pada baju. Sebenarnya ada berbagai bagai bentuk dan patent. Rupa rupanya Yakka ni ada perbeaannya bergantung kepada suku masyarakat di sini. SO aku pun beli lah tiga untuk wife dan anak anak dara aku buat di hias pada jubah mereka untuk pakaian raya. Mesti lain dari yang lain dan pastinya kalau orang tengok mesti mereka hairan. Apa apahal sapa sapa nak order pun boleh. Tak mahal mana pun sebab di buat dengan mesin. Lainlah kalau di jahit tangan.
- Get link
- X
- Other Apps
Safwan Call Aku Hari tu aku tidur lena with dreamless night. Tetiba talipon aku berdering. Bila sampai pada deringan ke empt aku terus bangun dari katil and capai talipon. Mula tu ingat nak ignore saja. Tapi takut pula ada emergency call. Kadang anak aku İkhlas dan Syahadah yang call aku walaupun dah lama mereka tak call aku. Aku pun jawap bagi salam dalam keadaan separuh sedar. Tetiba suara anak aku Safwan muncul. Aku terus tersentak dan mata aku terbuka luas. Anak aku tanya adakah aku sihat. Aku kata sihat saja and aku terus tanya bagaimana dengan exam. Dia jawap ok aje. Aku convince dengan dia sekarang sebab dia dah totally berubah kepada anak yang lebih disiplin dan focusnya pada pelajaran pun semakin baik. Kemudian dia mengucapkan salam untuk siapkan diri ke kelas. Aku kata ok and nanti aku akan ambil dia bila aku sampai ke Malaysia pada hari Sabtu nanti. Aku terus menilik pada jam tangan aku dan dapati sudah pukul empat pagi. Apa lagi terus tunggu untuk solat subuh saja.
- Get link
- X
- Other Apps
My New Project Aku dah started my new project almost a week ago. Rasanya cepat aku buat kali ni walau aku buat part time aje. Kalau nak siap dalam masa 10 hari lagi memang impossible sebab aku tak ada banyak masa. Aku buat pun apabila kerja selesai selepas pukul 6.30 petang. Mungkin aku dah terror buat jadi masa yang aku ambil agak pantas untuk siapkan. Minggu depan lepas Jumaat aku akan berangkat pulang ke Malaysia tanah tumpah darah yang tercinta. Aku akan lupakan buat sementara waktu projek aku ni dan aku akan lepak selepak-lepaknya dengan famili aku nanti. Sambung semula selepas balik ke sini kembali insyaallah. Tapi design ni nampak best sebab seakan akan real.
- Get link
- X
- Other Apps
Fedora - The Godfather Hat Setiap kali aku akan ke Istanbul, mesti Pokku akan kirim topi fedora ni. Aku akan car juga sampai jumpa. Pertama kali aku dah jumpa tapi bukan cashmere type tapi more to linen. Aku contemplating nak beli atau tidak. Finally aku beli juga dan beri pada Pokku. Tapi aku tahu yang Pokku tak puas hati sebab tak seperti yang di maksudkan. kali kedua aku ke Istanbul dia pesan lagi. Tapi aku jumpa pada kedai kedai buat pakaian dan alat polis dan askar. Aku dah jumpa and harap kali ni betul lah seperti yang di idamkan tu. Tapi bila aku tunjuk kat Pokku dia kata lain sikit. . Sebab apa lain? Dia kata topi tu boleh di penyet penyet dan di tindih tindih and akan kembali ke bentuk asal. Dia kata dia jumpa satu kat duty free shop KLIA kedai Dunhill tapi harganya mahal mencecah seribu ringgit. Aku kata kalau takat nak letak atas kepala sampai beribu wat ape. Tapi kalau duit dah melimpah ruah apa salahnya. Anyway duit tu habis jugak kan. So aku ke Istanbul lagi, tapi aku den...
- Get link
- X
- Other Apps
Plague Ship - Clive Cussler Aku dah selesai baca buku ni dua hari lepas. Komen?? Biasa sahaja tapi kena penuh imaginasi sebab ada adegan aksi gak. Yang pening kepala tu bila the writer elaborating the detail of the ship with special terms and vocab. Pening gak deng nak imagine and faham. Anyway jenuh jugalah buka dictionary untuk dapat the actual meaning. Yang pelik tu apasal nak kena serang the virus (biological weapon) kat kapal and why to destroy the member of Responsivist. Unless the attack channel to the real enermies. Oklah setakat nak penuhi masa aku yang terluang. . Tak mungkin aku nak baca buku writer ni lagi sebab aku rasa style cerita dia sama saja. Tapi kalau nak bandingkan dgn cerita James Patterson lebih kurang sama tapi JP better kot.
- Get link
- X
- Other Apps
My Little Girl Pagi tu aku bangun awal lagi. Lepas mandi aku terus bersarapan. Pastinya aku akan bersarapan sampai kenyang sebab aku nak ronda ronda cari barang sementara menunggu flight aku malam nanti. Aku terus jalan turun ke arah Blue Mosque. Walaupun dah banyak gambar Blue Mosque, tapi aku rasa seperti satu perkara yang wajip kalau datang ke İstanbul. Sebaik aku melangkah untuk masuk ke kawasan masji, aku ternampak this little girl sedang menggalas bakul. Aku ingatkan tong sampah. Rupa rupanya pasu bunga. Malangnya pokok bunga dah tak ada pun. Sebab spring dah sampai ke penghujung. . Aku rasa memang sesuai untuk tanam pokok tulips, defodil, pansies, pertunia dan pokok poko berbawang yang lain. Kalau di tanam rapat rapat apabila berbunga pastinya nampak macam real aje bunga bunga tersusun seperti dalam jambangan. So aku ingat aku pun nak buat macam tu. Baik nanti aku nam rombak garden aku yang sekangkang kera tu. Aku nak tukar style skit. Idea memang dah ada dalam kepala. So kalau ...
- Get link
- X
- Other Apps
Travelling From Ankara To Istanbul . Perjalanan memakan masa selama 4 setengah jam mengikuti highway. Kira sama saja masa kalau aku nak balik kampung menuju ke Utara. So bukan aku yang drive tapi member aku. Boleh lah aku ambil kesempatan for short nap sebab badan aku tak berapa sihat serta badan masih lagi rasa keletihan. Aku pun kurang pasti Tuneel ni kat mana and nama apa tapi yang aku pasti tunnel ni sangat panjang hampir 4km. Kira jenuh jugaklah nak melepasi. Tai tunnelni ada dua arah yang berasingan dan di suikan dengan 3 lane sahaja. Berehat sebentar di tepi highway aku ambil gambar rumah yang cute ni. Nampak kehijauan dan menarik sungguh. kalau musim luruh apabila warna daun bertukar warna dari hijau ke perang dan orang bertambah menarik lagi pemandangan. Sepanjang perjalanan kami di kelilingi oleh bukit bukit yang menghijau. kalau nak kata hutan forest macam kat mesia tak adalah. Sekali sekala nampak seperti ladang gandum. Dan ada juga terdapat wood yang daun masih muda baru k...
- Get link
- X
- Other Apps
Uniknya Restoran Ini Semasa sampai di Bursa, apabila tiba waktu lunch kami dok contemplating mana nak makan. Aku tak kisah mana mana boleh. Aku kalau makan Durum Kebab hari hari pun kira ok. Kalau makan nasi kat sini pun kira macam tak makan gak sebab nasi dia tu melekit macam pulut. So sambil dok syor nak makan kat mana, aku pun buka cerita yang aku makan kat Iskander Kebab. Jadi semua orang decided nak makan kat sana. . Di Turkey kalau nak makan, restorant dia memang best sangat dengan interior yang unik dan menarik. Tak kiralah dari segi furniturenye, arrangement and exterior. Dari jauh aku nampak bangunan ni macam di cat dengan motif bali kain batik jawa yang mak aku selalu pakai masa dia muda muda. Tapi bila aku belek belek apabila mendekati bangunan itu rupanya bukan impak warna cat, tapi susunan batu bata yang di susun dan di selang seli dengan plaster white concrete. Nampak macam tudor pun ada gak. Nampak special effect memang menakjubkan. . Kalau tuan tuan dan puan puan nak ca...
- Get link
- X
- Other Apps
Tulip - Wait For Next Spring Ingatkan dapat lah aku enjoy lagi dengan warna warni tulips. Rupa rupanya semua kelopak telah mula menyembah bumi. Nak ambil gambar pun cuma ada saki baki aje. Tulip mula keluar dari hibernasi bermula pada pertengahan April and mula mengembang dan mekar sehingga awal May. Nampak gaya langkah kiri lah. Ap apa pun best jugak kan.....
- Get link
- X
- Other Apps
Ratusan Umur Restoran Ini On the way nak balik ke İstanbul, member ajak makan. masa tu jam dah pukul 11.30 pagi. Aku masih ragu ragu nak makan atau belum. Tapi bila dia kata ada restoran yang di buat dari kayu kayu rumah asal yang berasal ratusan tahun maka aku pun rasa teruja jugak la. Hhhmmm..... bukan nak makan sangat pun. Lagi pun bab makan ni aku tak cerewet sangat. So sampai aje kat sana aku pun terus ambil gambar dari setiap ceruk. Jom kit nengok apa yang ada. Inilah gambar hadapan restoran tersebut. Di buat dari kayu kayan asal yang masih lagi tahan. Ini bahagian kitchen. Barang barang tersusun rapi. Mangkuk pun nampak antik. Aku ada jumpa mangkuk tu dekat Egyptian Bazar. Harga mahal gak iaitu 8 Lira satu. İngat nak beli gak tapi lastly aku kensel aje. Inilah makanan yang di hidangkan tu. Sup yogart ape tah. Sedap gak. Salad pulak sorang satu mangkuk besar. Jenuh aku nak habiskan. Toiletpun sempat aku ambil gambar. Cuba nengok pintu dan dinding tu memang terasa macam dok rumah ...
- Get link
- X
- Other Apps
Pigeon Hole Orang selalu cakap pasal pigean hole. Especially tempat untuk letak message and surat. Dulu masa dekat university kalau nak cari surat pegi aje nengok kat pigeon hole. Satu lagi maksudnya rumah burung merpati. Bila cerita pasal burung merpati, aku boleh cerita in detail dari sifat and sebagainya sebab aku dulu seorang penternak merpati yang berbagai jenis atau species. Masa tu aku masih lagi belajar di sekolah menengah. So masa perjalanan dari Ankara ke İstanbul masa berehat sekejap di stesen minyak aku ternampak pigeon hole ni yang sangat unit. Kira macam taraf condo lah. Apa lagi aku snap lah gambar nye.
- Get link
- X
- Other Apps
Dinner At Sevilla, Ankara Aku tiba di Ankara dah lewat. Kalau tak silap jam dah menunjukkan pukul 10 malam. Masa tu mata aku dah letih dan mengatuk. Fikiran aku cuma untuk dapatkan bantal secepat mungkin. orang kata nak tido aje. Aku nampak Mc D di seberang jalan apabila ka pun dah ok sebab perut pun lapar juga. Janji makan cepat, terus ke hotel dan tido. Yelah sejak dari pukul 2 pagi aku tak tido tido dan rasa naik kapal terbang dang macam naik bas. Lepas tu terus sambung perjalanan. Aku bab makan tak adalah cerewet. Mana mana ok aje. . Finally member aku ni terus masuk ke basement untuk cari makan. Aku ingat cepat lah makan lepas tu boleh belah. Rupa rupanya kami ke Sevilla macam KL Tower tu. Hhehehehe....nak mengaku malu tapi hakikatnya aku sendiri tak pernah panjat ke atas KL Tower tu. Apatah lagi nak berdinning kat Restoran Berpusing tu. Finally kami masuk ke revolving restoran tu dan having anice dinner there. Malangnya tak nampak sangat suasana kendahan di waktu malam. Kalau wak...
- Get link
- X
- Other Apps
Travel to Bursa Perjalanan ke Bursa daripada Istanbul memakan masa selama dua setengah jam. Lama juga lah. Tapi apabila perjalan bermula pada waktu pagi tambahan pula di kala musim bunya yang nyaman semestinya perjalanan ini amat menyeronokan. Ye lah berhenti seketika untuk minum teh dan breakfast di tepi laut memang menyegarkan. Seronok melihat ramai para pelancung yang berasal dari berbagai bagai negara bercerita tentang negara Turkey dan suasana di sini Walau pun aku tak dapat memahami apa yang tourist itu berbicara tetapi aku tahu apa yang mereka inginkan sebab aku pun adalah seorang pelancung juga tetapi atas maksud yang berlainan. Sekali sekal terdengan kicauan camar di udara bersiul mendayu dayu menarik perhatian aku buat seketika. Buat seketika aku berkhayal, alangkah manis dan indahnya sekiranya isteri dan anak anak aku dapat bersama di saat itu. Hhhmmmm............
- Get link
- X
- Other Apps
Do You Want The Tranquility Kalau ikut kan hati memang lah idaman kalbu untuk memiliki suasana taman yang nyaman dan hening. Hidup di dunia ni bukan semua yang kita idam dan pendam akan kita miliki. Kadang apa yang di hajati tidak kesampaian tapi yang tak di pinta yang datang melayang. Inilah yang di katakan rezeki dan qada serta qadar. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita pada masa dan ketika itu. Hidup yang singkat di dunia ini mustahil perancangan kita semua akan tercapai. Kita hanya merancang dan hanya Allah Taala yang menentukan. İnilah hakikat hidup yang sebenar. . Begitu juga dengan diri aku. Kalau boleh semua yang indah dan cantik ingin aku miliki. Tapi aku perlu berpesan pada diri bahawa apa yang aku miliki hanya sementara dan tiada yang kekal abadi. Harta benda dan keluarga juga bukan hak milik kekal. Hanya di beri pinjam buat sementara. Hanya syurga nikmat hidup yang kekal buat selama lamanya. . Tapi sebagai manusia biasa kita mempunyai nafsu. nafs...
- Get link
- X
- Other Apps
Hydrangea Aku memang meminati bunga ini. Dia akan berbunga berumpun rumpun dan tahan begitu lama dan boleh mencecah sehingga sebulan. Elok untuk ditanam di atas tanah dan biarkan ianya hidup merimbun seperti English Garden. Cuma pokok ini amat sesuai untuk musim summer pada negara yang mempunyai empat musim. Berbagai warna warni yang begitu memikat. Tetapi kalau di tanam di Malaysia bunganya tak lah sebesat seperti di dalam gambar. Bunga nya agak kecil dan yang dah 'localised' sahaja yang akan bertahan untuk berbunga. Tapi kalau yang di impot dan di tanam, bunganya agak liat untuk memutik tetapi daun nya akan merimbun segar. Aku sudah tanam beberapa pokok ini yang aku beli di Sungai Buluh dan aku menulis melalui pengalaman aku sendiri. Nak tanam tak susah. Cuma pangkaskan batang atau ranting yang sihat dan terus cucuk ke tanah dengan di sram air yang secukupnya.