Hydrangea





Aku memang meminati bunga ini. Dia akan berbunga berumpun rumpun dan tahan begitu lama dan boleh mencecah sehingga sebulan. Elok untuk ditanam di atas tanah dan biarkan ianya hidup merimbun seperti English Garden. Cuma pokok ini amat sesuai untuk musim summer pada negara yang mempunyai empat musim. Berbagai warna warni yang begitu memikat. Tetapi kalau di tanam di Malaysia bunganya tak lah sebesat seperti di dalam gambar. Bunga nya agak kecil dan yang dah 'localised' sahaja yang akan bertahan untuk berbunga. Tapi kalau yang di impot dan di tanam, bunganya agak liat untuk memutik tetapi daun nya akan merimbun segar. Aku sudah tanam beberapa pokok ini yang aku beli di Sungai Buluh dan aku menulis melalui pengalaman aku sendiri. Nak tanam tak susah. Cuma pangkaskan batang atau ranting yang sihat dan terus cucuk ke tanah dengan di sram air yang secukupnya.

Comments

Popular posts from this blog