Do You Want The Tranquility
Kalau ikut kan hati memang lah idaman kalbu untuk memiliki suasana taman yang nyaman dan hening. Hidup di dunia ni bukan semua yang kita idam dan pendam akan kita miliki. Kadang apa yang di hajati tidak kesampaian tapi yang tak di pinta yang datang melayang. Inilah yang di katakan rezeki dan qada serta qadar. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita pada masa dan ketika itu. Hidup yang singkat di dunia ini mustahil perancangan kita semua akan tercapai. Kita hanya merancang dan hanya Allah Taala yang menentukan. İnilah hakikat hidup yang sebenar.
.
Begitu juga dengan diri aku. Kalau boleh semua yang indah dan cantik ingin aku miliki. Tapi aku perlu berpesan pada diri bahawa apa yang aku miliki hanya sementara dan tiada yang kekal abadi. Harta benda dan keluarga juga bukan hak milik kekal. Hanya di beri pinjam buat sementara. Hanya syurga nikmat hidup yang kekal buat selama lamanya.
.
Tapi sebagai manusia biasa kita mempunyai nafsu. nafsu pula wajib di urus dengan betul untuk kebaikan diri. kalau nafsu gagal di urus dengan sebaiknya nescaya hidup kita akan mengalami bencana yang merugikan manusia itu sendiri.
.
Oklah mukadimah aku panjang sekali ni. Apa ku nak bagi tahu pada gambar yang aku ambil tu, eloklah kalau nak sediakan pada landskap andan bagi yang mempunyai halaman garden yang luas. Bukan banyak belanja pun. Konsep boleh cuba yang sama tapi material kita boleh olah sikit. Tapi kalau tuan dan puan berjalan ke Turkey, ambillh gambar2 sebanyak mungkin sebagai bahan untuk mereka bentuk dan mencari ilham. Suasana Otoman dan budaya mereka sungguh unik yang selalu di terjemahkan pada bangunan dan taman.
Comments