Sunflower Seed

Aku rasa di sini orang yang kuat makan kuaci adalah aku dan Pokku. Kira bekalan kuaci tak pernah habis. Tapi kalau pertandingan makan kuaci selayaknya Pokku yang menang. Dia 24 jam akan bersama kuaci. Waktu tidur tak tau pulak dia gonyeh kuaci atau tidak. Aku makan kuaci masa menonton movie sahaja. Baru ada rasa feel dalam panggung wayang. Lately aku jarang beli local kuaci tapi aku selalu beli kuaci from Turkey yang dah pack cantik cantik tapi harganya lebih mahal. Kuaci dia memang sedap dan berkualiti. Dulu banyak orang local, kaum wanita jul kuaci di depan bazar. Tap sekarang sudah tiada sebab di larang oleh polis. Mungkin sampan kuaci tak terkawl lagi bila ramai orang asyik mengunyah kuaci dan kulit di buang merata rata.
.
Dalam gambar tu aku sedang menadah plastik sementara makcik tu menghitung bilangan cawan yang di sukat. Aku beli sepuluh manat aje tapi Pokku beli sampai 30 manat. Aku kalau beli yang local kuaci mesti mai kat makcik ni sebab kuaci dia besar besar.

Comments

Popular posts from this blog