Semoga Bonda Sihat Sejahtera

Sejak dua tiga hari ni talian talipon memang bengong. After 7 pm aje mesti tak boleh nak call lagi. Talian terus engaga. Aku call wife aku beberapa kali tetapi tetap gagal. Aku pun dah give up. Aku selalu call wife pada tengahari lepas lunch and after about 7 pm waktu sini sebab masa tulah wife aku free dari urusan harian dan anak anak. Oleh kerana masih gagal untuk call wife aku, aku keluar dan borak dgn Shah and Pokku. Lepas tu aku kembali ke bilik. Selalunya aku akan biarkan computer aku on 24 jam. jadi YM tu memang nampak online.
.
Bila aku pulang ke bilik aku nampak ada message dari anak aku yang berbunyi, 'Ba, Tok Pah pengsan. Ambulance datang hantar ke hospital'. Berderau darah aku bila aku baca message tu. Aku pun terus jwap message anak aku tanyakan keadaan Bonda aku. Tapi anak aku kata belum dapat berita terkinai. Aku terus capai talipon dan cuba call wife aku lagi tapi tetap gagal. Hhhmmmm....... Aku cuba remain cool aje tapi dalam kepala aku dok fikir bagaimana aku nak balik ni. Jumaat ni baru aku pulang ke Malaysia untuk bercuti selama tiga minggu. My sister dah plan untuk bawa Bonda datang ke rumah pada minggu depan. Aku tak ada merncang apa apa program sebab menanti kedatangan Bonda dan my sister.
.
Aku terus suruh anak aku panggil wife aku untuk chat. Aku tanya lagi dan suruh wife aku call my bother and other sister. Talipon my sister (Mak Lang ) dah sarat dengan voiice mail. Bila call my brother, dia kata on the wy to hospital. Aku rasa mereka menuju ke hospital Sungai Petani. Then my brother told my wife yang my mother dah sedar. And few minutes after that my other sister (Mak Ngah) beritahu yang my mother dah boleh gerak gerak dan sedar and tak perlu risau lagi. Tapi aku masih cemas dan beritahu wife aku kalau ada apa apa hal tolong YM aje aku kat sini and aku fikirlah apa yang terbaik untuk aku ambil tindakan.
.
Aku terus kesurau untuk sembahyang maghrib and sempat untuk sembahyang hajat untuk doakan kesejahteraan dan kesihatan Bonda. Balik ke bilik aku terus capai Quran untuk membaca susah Yasin moga moga di makbulkan Allah dan di berkati kesihatan yang baik untuk Bonda. Buat seketika aku terus fikirkan kematiaan yang akan menghinggap sesiapa sahaja tanpa mengenal waktu samaada kita suka atau tidak. Sebenarnya kehidupan ini menghampiri mati dari hari ke hari. Tapi kita kurang sedar sebab di buai oleh godaan dan warna warni dunia yang sementara. Memang sedih untuk meninggalkan orang orang yang tersayang untuk selamanya. Semoga kesihatan Bonda terus baik dan bertambah baik.

Comments

Ghazali said…
Assalamualaikum ya Abu Ikhlas;

Muga Allah memberi kesihatan dan keselamatan terhadap bonda tercinta you ...

Insya Allah, berkat doa anak yang salleh , Allah mempermudahkan segala urusan you.

Jangan berhenti berdoa .. and bersabar.
Abu Ikhlas said…
Ghaz,

Alhamdulillah bonda dah ok walau masih keletihan. Thanks for your doa juga.

Popular posts from this blog