Posts

Showing posts from June, 2009
Image
Macam Macam Idea . Dok kat sini kena pandai lah jadikan bilik sebagai tempat hibur hati. Kena jadikan diri suka sangat duduk bilik sendiri. Kalau boleh tak nak keluar keluar. D sini kalau keluar keluar sangat pun bahaya. Ayam tak bernama pun banyak. Lepas tu bukannya orang tangkap ayam tapi ayam yang pandai cari mangsa. Kalau tak pandai jaga diri dan selalu nak hiburan kat luar aje maka jadilah satu trajedi yang memalukan dan tak boleh di lupakan. Balik baru ni aku beli jam dinding kat IKEA dan bawa kesini dua buah. Satu aku letak kat bilik air, supaya senang aku nak set masa untuk berada kat bilik air. So tak perlulah berangan lama lama. Dan satu lagi aku letak kat bilik jadi senanglah aku nengok dari katil aku. Kalau tidak kena pakai jam di tangan sentiasa. İni pula para yang di reka cipta oleh Pokku khas untuk aku. Dia kata letak atas meja nampak sesak sangat. Betoilah tu.... Canggih ciptaan dia sebab hanya menggunakan dua skrew aje. Yang lain hanya di join dengan menggunakan tangg...
Image
Benang Benang Aku Setiap kali aku balik ke Malaysia aku tak lupa untuk bawa stok benang baru. Kalau stok tak ada sebenarnya tak menjadi masalah sebab aku kirim pada member2 yang balik ke Malaysia. Kalau nak beli di sini, aku belum lagi jumpa kedai yang menjualnya. Kalau ada pun ada rasa pasti mahal. Aku selalu beli di sebuah kedai kat Bukit Sentosa. Masih murah lagi dan jauh beza dari kedai kedai yang lain. . Nak jadi kan cerita masa balik kesini, benang aku habis basah sebab air dlm bekas plastic untuk segarkan pokok aku dah terkeluar. Jadi adalah barang barang yang basah termasuk benang2 aku ni. So aku buka dan terus campak dalam lagi biar aje dia kering. Rupa rupanya sudah dua hari masih tak kering. So aku fikir bagimana nak keringkan ni. Kalau jemur kat luar nanti angin tiup habis terbang. Kalau jemur dalam bilik nanti habis Lia kusutkan. So aku ada satu idea yang bodoh aku letak dlm kotak dan jemur kat para tingkap bilik air. After aku bangun dari tido aku nengok semua bertaburan ...
Image
My Plants I Brought From Home Inilah pokok yang aku bawa dari Malaysia. Rasanya hiduplah dengan elok. Aku simpan dalam bilik air aku. Tapi di sini memang susah nak cari tanah atau tanah hitam. Sana sini pasir aje. Jadi susah nak tanam pokok sebab tak menakung air. Kalau siram sekali dengan pasir boleh keluar dari pasu. Ada dua lagi pokok aku experiment letak kat luar tapi nampak macam dah nak kecundang. Mungkin cuaca kat luar terlalu panas mencecah 40 degree lebih so pokok nak hidup pun susah. . Masa nak balik hari tu aku suruh wife aku pack kan dalam bekas plastic and letak sedikit air agar dia segar. Masa sampai sin mujurlah bag tak di buka. Kalau tidak seribu jawapan aku kena kasi. Sekarang ni aku nak semai anak anak kaktus aku yang dah beranak pinak. Kadang nak buat kerja ni senang aje. Tapi bila mood tak ada kerja senang pun boleh jadi susah.
Image
Michael Jackson In Memory Marilah kita sama sama hadiahkan Alfatihah kepada dia dan semoga rohnya di satukan bersama dengan orang orang yang sollihin dan syuhada. Status dia sebagai seorng İslam usah lah kita ragui sebab status dia dan halatuju dia diakhirat dan di sisi Allah hanya Allah saja yang tahu. Malah diri kita sendiri di sisi Allah belum lagi menentu. Aku pun turut terasa bagaikan kejutan elektrik apa bila mendengar berita kematian dia secara tiba tiba. Walau bagaimanapun ini lah kehidupan manusia yang tidak kekal abadi dan sempurna. Setiap yang hidup pasti akan mati. . Aku rasa aku turut membesar dengan kehebatan tarian, muzik dan nyanyian dia. Muzik, tarian dan nyanyian dia bisa menggegarkan peminat seluruh dunia. Bila album Thriller meletup sahaja pada awal 80an pengaruh dia telah menular seluruh ala. Baik dari kecil sampailah dewasa. Aku masih ingat lagi pada masa itu aku berada di Kuala Lumpur belajar Austmat. Naik bas saja bebudak terus buka lagu Michael Jac...
Image
Safety Boot Baru Tu dia safety boot aku yang baru sampai. Wah lama betoi aku nak kena tunggu. Kalau tak silap dekat 5 bulan aku menunggu. Maklumlah stock dah habis kena order yang baru. Sekali pandang macam kasut polis saja. Saje aje pilih yang ni sebab yang lain tu dah biasa sangat and colour hitam pulak tu. Sapa sapa berkenan just flag me..hehehe. Saja nak tayang kat ko rang.
Image
My New Books Kali ni aku beli tiga buku fiction untuk aku habiskan selama dua bula setengah. Aku beli tiga buku ni di MPH midvalley semasa pergi membeli kasut untuk Hadi dan akte board untuk Ikhlas. Baca sinopsis macam best aje tapi nengoklah macam mana cerita nya. Dulu kalau nak beli buku suka cari yang nipis dan tulisan beso beso tapi sekarang kalau beli nak cari buku yang tebal tebal dan tulisan kecil kecil baru berbaloi beli. Tapi aku tak start lagi baca sebab nak bereskan buku cerita Deception tu. baru a quarter thick habis. Buku pula semacam uzur aje pages and kulit dia lagilah lambat nak habis. Lainlah kalau buku baru...nak baca memang semangat. Anyway I will take my own sweet time to finish them.
Image
Satu Perjalanan Sudah hampir seminggu aku tiba di sini. Keadaan diri aku masih belum sihat sempurna . Demam, batuk dan selsema belum lagi kebah. Sudah hampir tiga minggu aku bergelut dengan kesihatan aku ni. Tapi sudah memang menjadi kebiasaan pada diri aku apabila terjadi fenomena perubahan cuaca dan suhu yang mendadak. Sejak dari student era lagi aku dah biasa dengan keadaan ini. Pagi tadi aku masih rasa lemah dan kurang selesa. Aku terus berjumpa doktor untuk dapat rawatan dan ubat. Doktor kasi aku vitamin C, parasitemol, ubat hisap untuk sakit tekak dan ubat demam. Sebelum tu misi tu titik ubat dalam rongga hidung aku dan terus terasa lega bernafas. Doktor nasihat eloklah rehat saja di bilik takut infeksi pada rakan sepejabat yang lain. Balik ke bilik aku terus tido aje sebab rasa seperti melayang layang ke kayangan. . Bila sampai sini mood cuti masih bertakta di hati dan fikiran. Teringatkan isteri aku yang setia dan anak anak yang manja dan tersayang. Rasa cuti tiga hari seperti ...
Image
Rehat dan Lepak dekat Sha La La Cafe Dulu aku masih ingat selalu ulang alik ke arah Selatan sebab dok buat projek kat Segamat. Lepas habis projek tu dah lama aku tak merayap ke Selatan. Kecuali kalau pergi bercuti ke Port Dickson atau Bandar Melaka. Selain dari tu memang tak ada niat langsung. Sejak anak aku bersekolah di Alor Gajah, arah Selatan sudah menjadi medan memandu untuk aku dan isteri. Since aku balik baru ni, aku lah yang uruskan anak anak aku bercuti, ambil dan hantar. kalau wife aku tak sibuk aku akan ajak dia ikut sekali. Tapi week end baru ni kami terpaksa memandu pada arah yang berlainan. Aku ke Selatan untuk ambil Safwan and wife aku ke Hulu Yam untuk ambil anak dara aku Balqis. . Kalau ke arah utara tempat untuk R&B adalah Tapah tapi sekarang R&B Seremban adalah tempat kemestian untuk berehat. Bila tiba aje ramai sangat orang and terpaksa berebut tempat duduk. lastly aku ajak anak anak aku makan kat Shalala aje. makanan boleh tahan mahal tapı tak apa selesa. A...
Image
Sayur Keladi Banyak banyak resepi sayur, yang aku paling suka adalah sayur keladi. Setiap kali balik Malaysia aku tak akan lupa untuk ingatkan wife aku masak sayur keladi. Yang peliknya aku seorang aje yang makan tapi anak anak aku semua tak suka. Hhmmmm...... Susah betoi nak ajak anak anak sekarang gemari sayur tempatan. Tpi sayur keladi ni kalau nak makan ada keladi yang tertentu saja yang boleh dimakan. kalau silap pilih boleh gatal tekak sepanjang hari. . Nak masak sayur keladi ni ada dua cara. Pertama rebuskan keladi bersama hancuran ikan temenung rebus atau masukkan ikan bilis secukup rasa. Aku suka kalau wife aku letak sedikit jintan manis semasa memasak tu baru ada rasa rempahnya. Tapi kalau pilih keladi pilih yang ada ubi baru rasa dia kaw. Sekarang nak beli syur keladi satu ikat pun dah RM2. Kalau nak masak kena lah beli dua ikat barulah puas makan. So kalau ada sesiapa yang ada lebih special menu sayur keladi please kongsi bersama ekk...
Image
Musim Buah Buahan Sekarang musim buah buahan sedang mengamuk di Malaysia. Di sana sini ada di jual buah buahan tempatan dari pasar malam sampailah di tepi tepi jalan. Harganya pun berpatutan. Aku memang suka makan buah buahan tempatan dan kalau makan boleh kata tak sedar diri. Tapi malang sekali balik kali ni aku di selubungi demam yang berpanjangan. Tak kebah kebah sampai aku pulang ke sini. Niat di hati nak belasah saja tapi bila ingatkan tekak yang semakin sakit dan perit terpaksa pendamkan hasrat aku tu. Tapi aku beli jugalah pada anak anak aku kat rumah tapi kena control juga takut banyak lagi yang demam. Tambahan dengan cuaca yang semakin panas dan berjerubu, nak beli buah buah pun fikir dua kali. Sekali tu aku makan nangka yang di beli oleh Kiz, lepas tu skaitnya urat belakang bukan kepalang. Hhmmmm..tu la bila makan sampai tak ingat dunia.
Image
Happy Birthday Sweet 17th, 20th June Sabtu lepas on the 20th June adalah hari jadi Ubai, anak aku yang sulung. Oleh kerana dia demam, wife aku pun demam dan termasuk aku yang masih demam, kami sekeluarga raikan harijadi Ubai dengan simple. Kebetulan besok aku dah nak berangkat ke sini. That morning aku bergegas ke Alor Gajah untuk ambil Safwan balik bercuti and my wife pula ke Sekolah Balqis untuk bawa dia pulang bercuti selepas selesai sukan. . Dalam perjalanan ke Alor Gajah aku, Hadi dan Ikhlas berehat untuk makan makan sekejap dan terus terlintas untuk beli hadiah pada Ubai. Finally aku beli aje bear Mr. Bean tu and aku rasa it is humurous and better. Jadi aku suruh Hadi dan Ikhlas tolong belikan dengan harga RM16 sahaja. Masuk dalam kereta untuk teruskan perjalanan apa lagi jadi kelakar dengan anak anak aku plan macam mana kita nak buat suprise hadiah ni pada Ubai. . Bila sampai rumah aku kata kita kena remain secret hadiah untuk Ubai. Pukul 6.15 petang aku ajak Safwan teman aku un...
Image
Nak Beli Pasu?? Semasa aku di Sungai Buluh sempat juga membelek pasu pasu bunga yang besar sebegini. Bila di tanya harganya mak datuk mahal bukan main. Aku rasa pasu pasu ni local made and selalunya di tempah oleh para landscape archıtect untuk client mereka. Kalau niat memang suka tanam pokok bunga dan rela untuk mencantikkan suasana taman masing masing buat apa lah nak berkira. kalau guna pasu yang kecil dan murah kadang membantotkan tumbesaran pokok dan lama kelamaan pasu pun boleh pecah. pasu besar besar begini elok di tanam pokok2 palm yang special skit atau phon berbatang yang cantik seperti cempaka, kemboja dan lain lain. Harga pasu tu lebih kurang RM300 ke atas. Sekarang ni untuk diri aku, biarlah dgn apa yang ada sebab aku masih bekerja di luar negara. kalau aku dah menetap di Malaysia oklah untuk aku bela dan manjakan pokok pokok tersebut. kalau tidak wife akulah yang terpaksa bertungkus lumus untuk menjaga. Mana nak melayan dengan kerenah anak anak lagi kan.....
Image
Koleksi Bunga Bunga dari Sungai Buluh balik baru ni sempat juga aku bawa kakak aku ke Sungai Buluh untuk menikmati pokok pokok atau tanaman yang di jual. Aku mempunyai matlamat utama untuk membeli benih pokok mempelam untuk di tanam semula di sekeliling sawah bapa mertua ak. maklumlah pokok pokok mempelam yang sedia ada dah tua dan dai makan ulat. Jadi eloklah di tanam semula. Aku beli dalam tujuh pokok bersama dua pohon amra. Harga tak mahal sangat pun Kebetulan dua hari lagi aku nak balik kampung so better beli siap siap. . Tapi kalau ke sini selalu nya apa yang kita nak beli akan terlebih bajet. Ada saja benda benda atau pokok yang nak di beli. So aku belanja bagai nak rak la. Mujur kat sini tak ada pakai credit kad. Kalau tidak lagi banyaklah belanja aku ni. At the same time aku ambil lah gambar gambar bunga untuk tatapan tuan dan puan sekelian dengan menggunakan camera DSLR aku tu. So enjoylah gambar gambar di atas.
Image
Candid Camera - KLCC Park . Sementara aku dok menunggu anak anak aku selesai mandi(bukan mandi di kolam tu ye) dan salin pakaian aku duduk melepak dı bawah satu pokok. Kebetulan hari tu adalah hari Keputeraan Yang Di Pertuan Agong, jadi ramailah orang yang datang untuk releks dan lepak lepak termasuk lah warga negara asing yang bekerja di sini dan enjoy dengan public holıday. So dalam dok releks relek aku nengok sekumpuan warga Vietnam sedang asyik posing di depan KLCC, mungkin untuk di hantar kepada keluarga tercinta di kampung. Finally aku pun ambillah gambar gelagat dia orang sedang bergambar. OK jom kita lihat apa yang berlaku... Amboi sampai perlu meniarap ke untuk ambil gambar aku?? Yelah tak muat KLCC tu dalam frame sebab tinggi sangat. Kalau tidak dapat sekerat aje badan ko yang kontot tu.... Amboi ramainya camera men yang ambil gambar tu. Nak hantar gambar kat sapa tu. Jaga jaga sikit bila bertinggung tu takut terkentut pulak. Kalu ye pun cepat la panas niiii..... Ok tak gaya ...