Nak Beli Pasu??




Semasa aku di Sungai Buluh sempat juga membelek pasu pasu bunga yang besar sebegini. Bila di tanya harganya mak datuk mahal bukan main. Aku rasa pasu pasu ni local made and selalunya di tempah oleh para landscape archıtect untuk client mereka. Kalau niat memang suka tanam pokok bunga dan rela untuk mencantikkan suasana taman masing masing buat apa lah nak berkira. kalau guna pasu yang kecil dan murah kadang membantotkan tumbesaran pokok dan lama kelamaan pasu pun boleh pecah. pasu besar besar begini elok di tanam pokok2 palm yang special skit atau phon berbatang yang cantik seperti cempaka, kemboja dan lain lain. Harga pasu tu lebih kurang RM300 ke atas. Sekarang ni untuk diri aku, biarlah dgn apa yang ada sebab aku masih bekerja di luar negara. kalau aku dah menetap di Malaysia oklah untuk aku bela dan manjakan pokok pokok tersebut. kalau tidak wife akulah yang terpaksa bertungkus lumus untuk menjaga. Mana nak melayan dengan kerenah anak anak lagi kan.....

Comments

Popular posts from this blog