Home Leave

Agak lama aku dah tak update blog ni. Sejak balik ke Malaya nak update blog pun tak ada mood. Dah lah cuaca semakin membara dan aku yang tak sihat sejak balik bercuti. Walaubagaimana pun dlm keadaan malas atau tak ada mood ni aku paksakan juga diri ni untuk update apa apa ynag patut. Anyway aku akan ceritakan apa apa aktiviti aku sepanjang cuti 3 minggu ni.
.
Setibanya aku di KLIA, wife aku dah setia menunggu. Selalunya aku suruh wife aku tunggu di stesen minyak petronas and setelah aku clear luggage aku, aku akan call and tunggu di gate 8. Senang skit. Aku keluar je terus wife aku sampai. Tak payah nak tunggu lama lama tepi jalan drop passenger. Kadang kadang bila ada polis lagi leceh sebab tak boleh tunggu lama.
.
Aku terus masuk beg aku yang besar gajah dalam bonet dan terus masuk ke kereta dan memandu ke selatan, Alor Gajah untuk mengambil anak aku Safwan pulang bercuti. Sebenarnye badan aku ni masih lagi terasa kurang sihat sejak balik dari Istanbul hari tu. Cuaca di Malaya pulak memang pansa tambah lagi dengan jerubu. Terus tersa semacam sesak nafas saja.

Comments

Popular posts from this blog