Satu Perjalanan
Sudah hampir seminggu aku tiba di sini. Keadaan diri aku masih belum sihat sempurna
. Demam, batuk dan selsema belum lagi kebah. Sudah hampir tiga minggu aku bergelut dengan kesihatan aku ni. Tapi sudah memang menjadi kebiasaan pada diri aku apabila terjadi fenomena perubahan cuaca dan suhu yang mendadak. Sejak dari student era lagi aku dah biasa dengan keadaan ini. Pagi tadi aku masih rasa lemah dan kurang selesa. Aku terus berjumpa doktor untuk dapat rawatan dan ubat. Doktor kasi aku vitamin C, parasitemol, ubat hisap untuk sakit tekak dan ubat demam. Sebelum tu misi tu titik ubat dalam rongga hidung aku dan terus terasa lega bernafas. Doktor nasihat eloklah rehat saja di bilik takut infeksi pada rakan sepejabat yang lain. Balik ke bilik aku terus tido aje sebab rasa seperti melayang layang ke kayangan.
.
Bila sampai sini mood cuti masih bertakta di hati dan fikiran. Teringatkan isteri aku yang setia dan anak anak yang manja dan tersayang. Rasa cuti tiga hari seperti a heart beat away aje. Cepatnya berlalu dan pejam celik dah tiba sini untuk mulakan tugas semula. Di rumah banyak benda yang nak bereskan tapi tak semuanya tercapai. Income tax aku pun belum lagi di isi. Silap hari bulan kena denda lagi. Baju raya almost sudah beres aku belikan untuk anak anak dan isteri aku. Cuma baju melayu untuk anak anak lelaki aku belum kesampaian. Mungkin sempat lagi aku beli bila balik pada bulan puasa nanti.
.
Bila pergi ikea ke, Sogo ke, Low Yat ke, nampak barang semua nak beli. Mudah aje nak shopping ni, yang penting ada credit kad. Apa lagi main tenyeh aje. Bila bukan internet online nengok bill aiyoooo...terkejut beruk dah sambai riban riban. Masa beli memang dah tak ingat dunia tapi bila nak bayo menggeleto tangan. hahaha.... Padan dengan muka. Tapi sekali sekala bercuti dan berbelanja untuk anak anak ok la..
.
Pagi tu masa nak berangkat pulang, aku bangun pukul 5.00 pagi. Aku terus mandi dan siap siap untuk berangkat. Barang sudah kemas semalam lagi. Setelah selesai sembahyang subuh aku kebilik anak anak aku satu persatu. Kejutkan mereka dan beri satu ciuman istimewa untuk mereka. Kadang tu mereka sambut salam aku antara sedar dan tidur. Tapi yang mana nak hantar aku ke KLIA bersama isteri aku terus bangun dan siapkan diri. Pagi tu Ubai tak ikut sebab demam. Safwan, Hadi, Ikhlas, Yusuff dan isteri aku sahaja yang turut serta. Yang lain tinggal di rumah sahaja. Aku tiba di KLIA dalam pukul 7.00 pagi. Risau pun ada takut di tahan atau karuntin sebab dengan demam selsema kering aku ni. Alhamdulillah tak ada masalah walaupun aku kerap batuk dan berhingus seperti bunyi muzik pincang.
.
Sepanjang perjalanan tak ada benda lain yang aku fikirkan kecuali keluarga tersayang. Bila kah kitarn demam itu akan berakhir. Kiz dah tiga hari demam dan kena tahan di wad sakit di asrama. Safwan pula nampk tanda tanda demam pun bermula. Di Malaysia pula cuaca tak pernah menentu dengan panas yang luar biasa dan jerubu yang tak kesudahan. Entahlah..... aku suka dengar lagu Berita Dari Kawan yang di nyanyikan oleh M Nasir dan Ebid G Ade yang memberi maksud yang mendalam pada lirik yang bermaksud.....
Mungkin tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa dosa
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
Cuba kita bertanya pada rumput yang bergoyang

Comments