Hantar Safwan Balik Asrama
Bila mana aku hantar Safwan balik ke asrama MRSM Alor Gajah, aku rasa seronok sangat memandu di dalam suasana kampung Alor Gajah. Suasana sunyi dan nyaman dan di kelilingi oleh dusun dusun buah buahn. Seperti yang aku ceritakan pada artikel yang lalu, suasana sunyi sebenarnya sudah tiada lagi banyak golongan muda di kampung. Yang ada cuma golongan warga tua yang masih setia menghuni kampung. Dulu ada juga orang yang nak mengerjakan sawah atau tanah. Tapi sekarang petak petak sawah dah terbiar. Tak ada siapa lagi yang mahu mengerjakan. Anak anak muda sudah merantau ke kota untuk mencari rezeki. Mungkin sekali sekala barulah mereka pulang. So nak salahkan siapa??? Aku??? Hmmm.....aku memang tak biasa bersawah tapi aku memang biasa dengan kehidupan kampung yang hijau. Anak anak aku??? Entahlah tapi aku selalu ceritakan perihal kampung di zaman kanak kanak agar mereka dapat menilai kehidupan yang penuh harmoni.
Comments