T-Shirt Untuk Anak Teruna Aku Sebelum aku balik aku tanya anak aku nak tak T-shirt putih Mini Cooper? Wife aku kata beli aje nanti depa pakai la. Aku memang berkenan T-shirt tu. Dah banyak kali aku rancang nak beli masa kat Bangkok tapi ak pernah terjumpa kembali. Baru ni masa sampai di Bangkok aku pun ronda lah ke Fesyen Mall dengan harapan dapan berjumpa kembali nyonya yang menjual T-shirt tersebut epi escalator. Bila aku sampai saja nak nampak batang hidung nyonya tu pun. Puas aku ronda tak nampak juga T-shirt tu. Kalau aku nak jalan each level dengan orang yang penuh sesak mina maaf ajelah. Finally aku turun kat bawah and kat tepi jalan tu ada orang jual T-shirt Levis. Aku pun beli lah dua untuk anak aku. Aku nampak cantik aje and very rare. Mungkin aku yang tak perasan....
Posts
Showing posts from March, 2011
- Get link
- X
- Other Apps
Baju Raya Untuk Sarah Bila aku transit di Bangkok aku suka menginap di Centre Point Hotel sebab dia dekat dengan IT Mall and Platinum Fesyen Mall. Bilik pula lengkap dengan kichen and bagaikan studio. Kiranya kalau nak meronda pun memang happening. Kalau orang perempuan lagilah suka sebab berbagai bagai fesyen orang perempuan kat sini. Yang seksi ada dan yang tak seksi pun ada. Dan tak lupa pakaian kanak kanak pun banyak. Tapi kena beli borong kurang kurang 3 helai. So sedang aku jalan jalan ada satu kedai ni jual baju kanak kanak perempuan. Aku belek belek nampak cantik. Cuma satu jenis aje yang aku berkenan and aku beli paten yang sama tapi corak berlainan untuk baju raya Sarah. Cantik tak????
- Get link
- X
- Other Apps
Apam Balik Korang suka tak apam balik? Aku memang suka. Boleh kata keluarga aku iaitu anak anak dan isteri pun suka. Bila ada pasar malam tak ketinggalan kami akan membeli sebanyak RM10. Dapatlah dalam 20 keping. Dulu satu cuma 20 sen tapi sekarang dah 50 sen. Tapi di Malaysia cuma ada satu perasa sahaja. Iaitu cream jagung di campur dengan gula dan kacang sahaja. Varieties lain memang tak ada. . Baru baru ni semasa aku dok meronda ronda di Bangkok aku terserempak dengan penjaja yang menjual apam balik. Aku berhenti seketika untuk melihat bagaimana dia bikin. Rupanya dia ada banyak filing and boleh pilih mana satu yang kita suka. Filing pisang ada. Filing cashew nut, jem, honey dan banyak lagilah. Aku pun terliur seketika and rasa macam nak order aje. Tapi oleh kerana ramai sangat orang yang menunggu, aku batalkan sahaja niat ini. Sapa sapa nak cuba beranika apam balik ni silakan and ini adalah satu idea yang bagus untuk buat bisness.
- Get link
- X
- Other Apps
Selamat Pengantin Baru Sekali tu anak aku kata member aku nak nikah. Aku terperanjat juga. Lepas tu aku cari Eddy kat FB untuk pastikan kebenaran. Alhamdulillah dapat contact dia dan dia mengiakannya. Terus dia menjemput aku sekali untuk menghadiri majlis perkahwinan itu. Aku congak nak pegi atau tidak sebab esok dah nak balik. Satu lagi aku kena ke PJ sebab nak ambil membership card. Finally aku decided ke majlis kenduri tersebut untuk sekejap saja. Sampai saja ke sana Eddy sambut aku dan dapat juga berborak buat sebentar. Selesai sahaja makan dan zohor aku tunggu sekejap sebab member aku on the way. Aku pun tunggu sebab nak jumpa lagi entah lah. Finally sempat juga aku bersalaman dan bergambar dan mengucapkan Selamat Pengantin Baru.
- Get link
- X
- Other Apps
Masjid Jamek Sultan Abd Aziz Dah lama aku tak ziarah Kawasan Melayu, PJ Old Town. Masa aku bujang di sini lah tempat aku menghuni. Kemudian aku masih diam di sini selepas berkeluarga. Seronok tinggal kat sini. Setiap Ahad kami akan buat program di Masjik Jamik Sultan Abdul Aziz. Masa tu masjid besar jugak tapi extension tak proper. Baru baru ni aku kembali ke sini tapi aku terperanjat betul lihat masjid yang usang dah bertukar wajah. Dah menjadi 3 tingkat, siap dengan pusat dialisis, dewan serbaguna dan macam macam lagi. Tapi warga tua yang aku kenal dulu ramai sudah tiada lagi. Tempat ini telah meninggalkan seribu macam nosalgia buat diri aku.
- Get link
- X
- Other Apps
Beli Buku Lagi Masa ambil membership card di Book Excess aku beli lagi buku. Aku ni memang minat beli dan kumpul buku. Pasal buku memang aku tak kedekut. Nampak banyak sangat buku rasa macam mabuk sangat. Jadi, aku beli lagi buku. Aku peminat Jodi. Banayk buku karangan dıia aku dah baca api yang ni belum baca lagi sebab tu aku beli juga. Buku ni aku beli sebab aku dah bela dua ekor kucing. Mau tak mahu kena tahu cerita pasal kucing baru senang nak urus. Bila nak baca entahlah. Tapi aku dah tahulah serba sedikit pasal kucing. Lagi pun tertarik dengan potongan harga tu. Mana nak dapat. Aku kena thanks to my blog follower yang recommend kan kedai buku ni kat aku and sampai sekarang aku masih tak kenal sapa kah si dia itu sebab komen dia still remain anonymous.
- Get link
- X
- Other Apps
Lagu/Album Dulu Dulu Album Dulu Dulu . Last Sunday I went to Amcorp Mall again. Malas rasa nak kesana lagi sebab masa dah erlampau suntuk. Aku ada dua perkara untuk aku bergegas ke PJ. First I need to pick up my membership card at Book Excess and secondly my friend dapat jodoh baru....hehehehe. Panjang cerit pasai jodoh baru. Sementara menunggu jam 12 untuk makan kenduri elok juga aku berlegar legar di sekitar mall ni. Rupanya seiap ahad ada semacam 'Car Boot Sale' . Seingat aku dulu depa buat kat basement floor tapi sekarang dah buat kat corridor. Aku pun belek belek and aku ternampak orang jual CD. Aku approach penjual tu rupanya dia menjual album artis dulu dulu yang mana all the piring hitam telah di convert ke CD. Sekarang kalau nak cari album depa ni mana nak jumpa lagi kan. Aku pun belilah 5 dapat free satu dengan harga RM50. Yang aku best sekali dapat album Sanisah Huri.
- Get link
- X
- Other Apps
My Old Friend Ini dia member aku Mohamad Noor Othman yang dah lebih 20 tahun aku tak jumpa. Lepas grad terus ak nampak batang hidung bawa diri masing masing. First aku jumpa dia masa aku baru tiba kat UK. Dia yang ambil aku dan member2 yang lain kat Heathrow Airport and kebetulan dia satu U dengan aku. Tapi sebab dia lebih pandai dari aku jadi dia buat A level kat sana. . Satu hari tu aku nak ke Amcopmall sebab nak pegi ke Book Excess nak borong buku buku. Kebetulan ofis member aku ni kat situ. Jadi aku terus call dia untuk buat appointment. Dapat bercakap dengan dia about a year ago atas initiative Leha buatkan U punya blog ( Rasanya blog tu dah sunyi sepi aje..). Tapi memang tak pernah jumpa. Finally we met and tak adalah ada perubahan yang ketara sangat. Rasanya kalau aku jumpa on the street boleh cam lagi kot. Aku ajak Hisham juga tapi dia sibuk dengan meeting. Nak buat macamana, semua buat secara tergesa gesa. . Lama jugalah kami berbual. Ceria pasal kisah silam, kisah anak anak...
- Get link
- X
- Other Apps
Kenzo And Yoko Inilah dia ahli keluarga baru kami Kenzo and Yoko. Bertambah ramai ahli keluarga kami. Mereka baru berumur dua bulan lebih. Kira makin meriah suasana keluarga kami. Tapi bab bab toilet anak aku Hadi yang incharge. Tapi mereka ni terpaksa berhati hati dengan Yusuff sebab dia suka sangat pegang dengan kuat. Kalau Yusuff datang terus mereka berdua cabut lari.
- Get link
- X
- Other Apps
Pokok Kemboja Inilah pokok kemboja yang baru aku semai. Harap harap dan berdoa hiduplah mereka Ini satu lagi semaian dari spesis baru yang aku dapat dari SB Kemboja yang di semai semula akibat tumbang ti tiup ribut tahun lepas suadah subur dan baru mula berbunga. Warnanya bright pink Ini pun sama juga kemboja yang mula berbunga selepas di tanam semula akibat tumbang di pukul ribut. Inilah kemboja besar berwarna orange and pink. Risau juga takut tumbang di tiup angin. Do you know that Kemboja possesses its very own characteristic smell? Yesterday I was picking the varieties of Kemboja from the ground and I started to smell them. To my astonishment, all of them explained a different kind of aroma. . I was at SB one day and while I was enjoying driving and viewing the varieties of plants, I saw a pink with maroon lining Kemboja by the road side. I stopped my car and asked the Indon man how much was the Kemboja. He said RM75. The size was about3 feet tall and already blooming. I was cont...
- Get link
- X
- Other Apps
Pokok Buluh A ku kalau ke SB boleh jadi tak sedar diri. Mabuk.. Tapi tak adalah sampai pengsan. Seronok datang ke SB tau macam macam tumbuhan ada. Amat sesuai untuk buat landscape. Aku berkenan sangat dengan pokok buluh halus ni. Aku tak tahu nama dia yang sebenar. Semasa aku berulang alik ke Jakarta pada tahun 2001, aku lihat banyak bangunan atau rumah yang di pagari oleh pokok buluh ni. Pada waktu tu di sini belum lagi terkenal dengan pokok buluh ni. . Semasa aku ke SB aku beli satu yang berharga RM29. Ada tiga batang semuanya. Aku sudah dapat idea untuk jimatkan kos, aku boleh pecahkan dia menjadi tiga. Lepas tu aku ke SB semula mencari pasu. Kalau tanam di atas tanah susah nak control sebab lama kelamaan dia akan merebak. Pilih punya pilih aku beli pasu ni yang berharga RM55 sebiji. Apa lagi kereta aku penuh sesak dengan pasu dan pokok pokok. . Tiga hari lepas baru berkesempatan untuk tanam dalam pasu seperti di dalam gambar. Sekarang aku dah suruh somebody untuk buatkan aku kolam ...
- Get link
- X
- Other Apps
Pokok Bunga Kertas Sekarang orang tanam pokok bunga kertas dalam pasu gantung. Bila daun dia merendang dan berbunga memang nampak cantik seperti pokok pertunia. Rasanya pokok bunga kertas ni lebih senang nak jaga lagi pun dia berbunga sepanjang tahun. Ada juga di tanam di dalam pasu yang lebih besar. Tetapi harga tiga kali ganda. Aku beli Empat pasu untuk di letak di depan rumah aku. Satu warna bright pink, peach, white and light pink. Nampak gaya ia akan menjadi koleksi terbaru aku. Dulu aku pernah tanam berbagai bagai pokok ni dan dah besar dan cantik untuk di bongsaikan. Tapi kawasan rumah sekangkang kera aku terpaksa eksport ke rumah mertua aku. Sekarang entah kemana pokok pokok itu. Actually idea untuk letak bunga kertas berjurai tu dah lama aku buat seperti di dalam gambar tu. Aku rasa dah 6 tahun aku tanam kat atas tu tapi masih juga kemetot. Aku tahu puncanya. 1. Tinggi sangat - jadi malas nak kerabat pakai tangga untuk membaja dan merumput. 2. Kurangnya baja untuk di suburkan ...
- Get link
- X
- Other Apps
Pokok Sirih Sudah lama aku mencari pokok sirih untuk di tanam di rumah. Aku dah pesan pada wife aku untuk ambil di kampung and semai. Entah bagaimana semua hajat tak tercapai. Lepas tu kalau tanam semuanya mati. Baru ni aku ke SB and nampak pokok sirih yang bergantungan. Daunnya sungguh lebat. Aku ingatkan mahal. Rupanya berharga cuma RM8 sahaja. Sekarang aku ada tiga pasu gantung pokok sirih. Sapah nak untuk buat hantaran perkahwinan boleh aku jual sehelai 20 sen. Mana boleh kasi free kan..
- Get link
- X
- Other Apps
Bila Nak Renovate Rumah?? Balik baru ni memang sentiasa sibuk. Time dah dekat nak balik ke sana pun tetap sibuk. Urusan aku untuk keluar wang KWSP untuk bayar rumah baru dah selesai. Insyaallah hujung bulan ni dapatlah duit tu. Dah manage macam mana pun tetap sibuk. Lepas tu kena bayar pada bank. Setelah selesai baru boleh renovate rumah. Kalau nak buat sekarang tak boleh takut nanti kena saman sebab di dakwa ceroboh rumah. . Trip lalu aku dah suruh member aku arkitek tolong sketchkan untuk aku design yang aku hendak. Tetiba baru ni dia kata tak sempat sebab kerja bertambun di ofis. Oklah nak buat macam mana. Tapi aku rasa elok aku jadikan symmetry aje dengan design rumah sekarang. Lagi senang dan mudah. Interior phase lain pulak buat. Aku dah panggil Eko untuk buat rumah aku. Actual price belum tahu tapi dulu dia yang buatkan. Aku puas hati dengan kerja dia. Walau bagaimana pun aku nak kena sketch juga few design untuk dia supaya tak conflik nanti and dia faham apa yang aku hendak. If...
- Get link
- X
- Other Apps
Pokok Ini Pula Nama Apa? Lepas makan kenduri di rumah pengantin lelaki hari tu, aku ajak mak aku, my sister, mak chak and mak lang ke Padang Besar. Sebab dah dekat sangat kalau tak pergi pun rugi. lagi pun lama dah tak pergi. Dalam fikiran tak ada tujuan tertentu nak beli belah. Cuma nak ronda ronda. Di hujung gerai sana ada menjual berbagai orkid. Belek punya belek aku ternampak pokok semi creeper ni. Aku pun beli dua pasu RM30. Aku tanya penjual tu nama pokok ni. Dia pun tak tahu tapi dia kata berasal dari Vietnam. Hmmmm...entah lah labu.... Nampak gaya pokok poko yang tak bernama ni kenalah aku beri nama sendiri. nanti aku senaraikan pokok poko yang tak bernama ni kepada nama yang lebih unik.
- Get link
- X
- Other Apps
Apakah Nama Bunga Ini aku dah mula berbunga setelah agak setahun aku membela. Kali ni mungkin dia meraikan kepulangan aku. Aku pertama kali terserempak dengan pokok ni semasa aku ke rumah kakak aku di Ipoh. Nak saja aku berhenti kereta minta pada nyonya ni. Tapi tak sampai hati. Then suatu ketika masa aku ke Sungai Buluh, aku ternampak ada orang jual pokok ni, aku pun belilah dengan harga RM50. Puas aku tawar tapi tak dapat di kurangkan. Sekarang pokok ni dah merimbun di atas pegola aku pada entrance rumah. Kalau ia berbunga penuh mesti menarik sekali. Malangnya aku tak tahu apakah nama bunga ini. Sapa yang tau tolong beritahu apakah nama bunga ini ye...
- Get link
- X
- Other Apps
Sayang Siapa? Ini anak aku Hafiz Nur Yusuff. Anak aku yang ke lapan. Paling manja, paling nakal dan paling merap. Kalau dia kata A mesti A. Amat susah untuk ubah fikiran dia. Kalau tak di turut mesti mengamuk satu rumah. Kadang aku pun suka menyakat dia juga. Yang kesiannya adalah pada wife aku sebab dia sentiasa suruh dukung. Kalau wife aku dukung Sarah dia boleh suruh wife aku letak sarah untuk dukung dia. Tiap tiap hari aku akan tanya dia macam ni. Aku: Yusuf sayang Ba tak?? Yusuf: Sayang...... Aku: Yusuf sayang Ba banyak mana?? Yusuf: Yusuf sayang ba banyak bumiiii..... Boleh kata tiap tiap hari aku akan tanya soalan yang sama sebab aku suka sangat dengar jawapan yang dia beri.
- Get link
- X
- Other Apps
Curtain Baru Tiga hari lepas aku ajak wife aku ke jualan gudang Fella. Bawa anak aku Yusuff and Sarah sekali. Ingat Yusuff ni ok tapi sampai aje dia buat perangai. Memang ganggu program. Sebab tu aku malas nak bawa anak anak kecil masa nak shopping. Finally atas pilihan aku dan wife aku kami beli curtain sepanjang 20m. Wow.......... nak pakai raya la. Sapa nak jahit tu???? Hehehehehe...siapa lagi kalau bukan........... Dulu background putih tapi kali ni kita pilih warna kuning keemasan skit. Baru daring and striking kan.
- Get link
- X
- Other Apps
Egypt - The World of the Pharoahs Buku ni aku beli kat Excess gak. Cuma RM45 sahaja. Tebal nak mampus. Nak tau pasai apa aku beli buku ni??? Aku pun nak juga ada misi and adventure ala ala Indiana Jones. Aku nak kesana dalam tahun ni gak. Rasa nak ambil cuti sepuluh hari adventure kat sana sambil ambil photo sana sini. memang nak lepak habis. Seorang ke atau dengan sesapa ke itu belum di ilhamkan lagi. Masa aku kerja kat Sudan memang terkilan betul sebab tak kesana. Pada hal sebelah aje.
- Get link
- X
- Other Apps
Hobi Baru Ini adalah antara hobi hobi baru aku yang akan menjelma nanti. Boleh percaya ke???? Orang kata hendak seribu daya and tak hendak seribu dalih. Betul kan. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Aku harap semangat aku kuat sekuat gempa bumi 9 skala rekter. Dulu aku memang pandai melukis. Boleh kata setiap kali lukisan aku cikgu akan paparkan di papan pameran kat belakang kelas. Kembang aku masa tu. Tapi sekarang dah berkubur. Ni dalam usaha nak zombie kan bakat bakat yang dah malap. Tak pa nanti kita nengok and ikuti perkembangan tersebut. Buku ni pun aku beli kat excess.
- Get link
- X
- Other Apps
Orchids - a complete guide to cultivation and care Last home leave aku beli satu orkid ni kat taman orkid, KL. Sebab unik sangat aku pun beli dengan harga RM40. Bunga memang cantik. Aku pesan kat wife aku jaga baik baik. Bila aku balik baru ni rupanya orkid aku tu dah kojol. Innalilla...... sedih juga di buatnya. Tak apa semangat masih tak pudar tau. AKu jumpa buku ni kat excess aku terus beli . Harga cuma RM24.90 sahaja. Bila balik for good dah ada idea nak buat small orchid garden at the corner tuh. Baru nampak menarik skit. Sebenarnya aku tengah di banjiri oleh berbagai bagai idea tapi kat mana nak mula aku pun x tau. Takut nanti apa satu pun tak mula sebab ter kompius....huhuhuhuhu.
- Get link
- X
- Other Apps
Buku Cerita Baru Ini dia empat buku cerita baru untuk my next trip yang aku beli kat kedai buku Excess di amcorpmall. Memang murah. Harga sebuah cuma RM17.90. Kalau aku beli kat Bourders mau cekau RM35. Rata rata harga yang sama untuk semua novel dan masih baru. Sekarang belum ada masa nak baca sebab banyak benda lain nak buat. Kita start baca masa bermulanya trip ke Bangkok pada 21st March nanti ok....
- Get link
- X
- Other Apps
My New Lamp Shades Dua hari lepas aku ke Amcorpmall. Hajat nya adalah untuk cari buku di Excess. Ramai member aku rokomen beli kat sana sebab murah. So aku ambil kesempatan pegi ke situ dan berjumpa dengan member aku yang sudah 23 tahun aku tak jumpa. Bila aku kebawah ada satu kedai ni jual lamp shades. Aku nampak cantik juga and terus beli. Yang ni aku cuma beli topi sahaja sebab pasu dah ada. Topi lama dah terpeleot dah sebab dah berapa kali di jatuhkan oleh anak anak aku. Bukannya mereka usik tapi dok main bola kat ruang tamu ni. Larang masuk telinga kiri meluar telinga kanan. Yang ini aku beli sepasang sekali dengan body sebab yang sedia ada sudah pecah. Wife aku masih lekatkan dengan selo tape. Sekarang ada nampak kelainan sikit. Aku kata kat wife aku kena gunakan lampu lampu ni baru romantik skit.
- Get link
- X
- Other Apps
The Girl Who Played With Fire - Stieg Larsson aku ambil masa seminggu je untuk selesai baca buku ni. Setelah selesai baca ketiga tiga buku ni aku dapat rumuskan novel karangan Stieg Larsson ni memang best. Walau pun di taranslate ke english tak ada beza sedikit pun. Aku rekomen sesapa nak baca buku ni memang bagus. So tak ada lagilah buku mamat ni sebab dia dah meninggal kan kita buat selamanya.