Apam Balik



Korang suka tak apam balik? Aku memang suka. Boleh kata keluarga aku iaitu anak anak dan isteri pun suka. Bila ada pasar malam tak ketinggalan kami akan membeli sebanyak RM10. Dapatlah dalam 20 keping. Dulu satu cuma 20 sen tapi sekarang dah 50 sen. Tapi di Malaysia cuma ada satu perasa sahaja. Iaitu cream jagung di campur dengan gula dan kacang sahaja. Varieties lain memang tak ada.
.
Baru baru ni semasa aku dok meronda ronda di Bangkok aku terserempak dengan penjaja yang menjual apam balik. Aku berhenti seketika untuk melihat bagaimana dia bikin. Rupanya dia ada banyak filing and boleh pilih mana satu yang kita suka. Filing pisang ada. Filing cashew nut, jem, honey dan banyak lagilah. Aku pun terliur seketika and rasa macam nak order aje. Tapi oleh kerana ramai sangat orang yang menunggu, aku batalkan sahaja niat ini. Sapa sapa nak cuba beranika apam balik ni silakan and ini adalah satu idea yang bagus untuk buat bisness.

Comments

Popular posts from this blog