Masjid Jamek Sultan Abd Aziz




Dah lama aku tak ziarah Kawasan Melayu, PJ Old Town. Masa aku bujang di sini lah tempat aku menghuni. Kemudian aku masih diam di sini selepas berkeluarga. Seronok tinggal kat sini. Setiap Ahad kami akan buat program di Masjik Jamik Sultan Abdul Aziz. Masa tu masjid besar jugak tapi extension tak proper. Baru baru ni aku kembali ke sini tapi aku terperanjat betul lihat masjid yang usang dah bertukar wajah. Dah menjadi 3 tingkat, siap dengan pusat dialisis, dewan serbaguna dan macam macam lagi. Tapi warga tua yang aku kenal dulu ramai sudah tiada lagi. Tempat ini telah meninggalkan seribu macam nosalgia buat diri aku.

Comments

zura aini said…
la pak abu pun dok kawasan melayu gak ka? saya dan kakak saya dok situ lepas tamat belajar, betul2 rumah tepi sekolah kebangsaan. tepi masjid tu ada gerai makan. happening kat old town zaman dulu, penuh dengan orang bujang, dekat ITM, jln othman. sewa rumah tok sah cakaplah, mahai yang amat.
Abu Ikhlas said…
ooo...saya dok kat situ gak rumah makcik zaharah. Sebelah umah pakcik sate tuh....silap silap zany dok umah yg sama gak. Pas tu pindah kat jalan aman.
Abu Ikhlas said…
ooo...saya dok kat situ gak rumah makcik zaharah. Sebelah umah pakcik sate tuh....silap silap zany dok umah yg sama gak. Pas tu pindah kat jalan aman.
zura aini said…
rumah kak zaharah, pakcik bakar saya tau sebab kami sewa sebelah rumah dia. rumah depa kembar sekolah lah kan. bila dah kahwin ada anak, saya hantar anak ke dia lah juga walaupun kami dok subang. what a small world hehe.

Apa khabar lah mereka berdua. Lama dah tak ke sana. Pakcik sate dok tang mana pulak?

rumah paling depan dengan main road,lorong sama rumah makcik yang dah tua sangat, selalu saya balik keje mesti tegur dia, hehehe, rasanya dah takde dah kot makcik tu.
Cerita Saya, said…
rasa bangga bila kawasan melayu disebut2. cara uncle and aunty bercerita serupa mcm ayah saya. zaman muda di pj old town mmng best. kalau tak silap saya sebelah pacik bakar tu rumah haji ali kan.

Popular posts from this blog