Aku kalau ke SB boleh jadi tak sedar diri. Mabuk.. Tapi tak adalah sampai pengsan. Seronok datang ke SB tau macam macam tumbuhan ada. Amat sesuai untuk buat landscape. Aku berkenan sangat dengan pokok buluh halus ni. Aku tak tahu nama dia yang sebenar. Semasa aku berulang alik ke Jakarta pada tahun 2001, aku lihat banyak bangunan atau rumah yang di pagari oleh pokok buluh ni. Pada waktu tu di sini belum lagi terkenal dengan pokok buluh ni.
.
Semasa aku ke SB aku beli satu yang berharga RM29. Ada tiga batang semuanya. Aku sudah dapat idea untuk jimatkan kos, aku boleh pecahkan dia menjadi tiga. Lepas tu aku ke SB semula mencari pasu. Kalau tanam di atas tanah susah nak control sebab lama kelamaan dia akan merebak. Pilih punya pilih aku beli pasu ni yang berharga RM55 sebiji. Apa lagi kereta aku penuh sesak dengan pasu dan pokok pokok.
.
Tiga hari lepas baru berkesempatan untuk tanam dalam pasu seperti di dalam gambar. Sekarang aku dah suruh somebody untuk buatkan aku kolam teratai. Nanti kalau dah siap dan cantik aku paparkan kat sini ok... Opppsss terlupa pula...kat depan tu adalah pokok sexy pink heliconia.

Comments