Selamat Pengantin Baru
Sekali tu anak aku kata member aku nak nikah. Aku terperanjat juga. Lepas tu aku cari Eddy kat FB untuk pastikan kebenaran. Alhamdulillah dapat contact dia dan dia mengiakannya. Terus dia menjemput aku sekali untuk menghadiri majlis perkahwinan itu. Aku congak nak pegi atau tidak sebab esok dah nak balik. Satu lagi aku kena ke PJ sebab nak ambil membership card. Finally aku decided ke majlis kenduri tersebut untuk sekejap saja. Sampai saja ke sana Eddy sambut aku dan dapat juga berborak buat sebentar. Selesai sahaja makan dan zohor aku tunggu sekejap sebab member aku on the way. Aku pun tunggu sebab nak jumpa lagi entah lah. Finally sempat juga aku bersalaman dan bergambar dan mengucapkan Selamat Pengantin Baru.
Comments